Pages

Thursday 27 February 2014

JUS SIHAT

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Jus sihat ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Lobak Merah + Halia + Epal - Tingkatkan dan membersihkan sistem pencernaan kita

Epal + Timun + saderi - Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.


Tomato + Lobak Merah + Epal - Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

Peria + Epal + Susu - Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

Oren + Halia + Timun - Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan haba badan.

Nanas + Epal + Tembikai - Untuk menghilangkan garam yang berlebihan, menyuburkan pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + Timun + Kiwi - Untuk meningkatkan warna kulit .

Pear + Pisang - mengawal kandungan gula.

Lobak Merah + Epal + Pear + Mangga - kurangkan haba badan, melawan toxix , penurunan tekanan darah dan melawan pengoksidaan.

Honeydew + Anggur + Tembikai + Susu - Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2 yang meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan.

Betik + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin C , E, Besi. Meningkatkan warna kulit dan metabolisme.

Pisang + Nanas + Susu - Kaya dengan vitamin dengan berkhasiat dan mengelakkan sembelit

 

Tuesday 25 February 2014

TIPS UNTUK HAMIL

MASIH GAGAL UNTUK HAMIL??

Mari ikuti TIPS dibawah ini :
= = = = = = = = = 
5 TIPS UNTUK HAMIL
= = = = = = = = =

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 
√ Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian).

2. Ketahui waktu subur anda. 
√ Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. 
√ Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. 
√ Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

3. Bersenam secara rutin . 
√ Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

4. Mengambil makanan yang seimbang. 
√ Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
√ Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
√ Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
√ Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
√ Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

5. Mengambil multivitamin. 
√ Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.
√ Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
GLA & VITALEA – Vitamin peningkat kesuburan wanita
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

GLA & VITALEA adalah makanan tambahan yang berkualiti tinggi,selamat dan halal yang diformulasikan untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita. 



Berikut adalah manfaat utama Gla & Vitalea: 

3 manfaat GLA
==========
√ Menghasilkan cecair kesuburan yang memberi ruang kepada sperma untuk hidup di dalam tiub falapio selama 5 hari. 
√ membantu sistem peranakan wanita supaya bersedia untuk proses persenyawaan & proses implantasi telur yang telah disenyawakan.
√ Menstabilkan hormon supaya badan menghasilkan telur berkualiti setiap bulan & membetulkan kitaran haid supaya teratur.

3 manfaat VITALEA
=============
√ Merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh.
√ Mengandungi iron yang membantu seimbangkan proses ovulasi terutama yang mengalami masalah haid yang tidak tetap
√ Lengkap dengan folic asid yang membantu badan untuk lebih bersedia terhadap persenyawaan.

=====

^_^ Berminat nak cuba?? Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi;

Lina 0133993960
(call/sms/whatsapp) 

Sunday 16 February 2014

PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM

<3 PETUA UNTUK AWET MUDA CARA ISLAM <3

Sesungguhnya Islam itu INDAH. Di dalamnya sudah terdapat amalan-amalan yang boleh dilakukan jika mahu wajah yang berseri dan MUDA dari usia sebenar. Mari kita lihat apakah amalan-amalan/petua-petua cara Islam yang boleh diamalkan untuk AWET MUDA.

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian,baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

P/S: Jangan baca saja, tapi jadikanlah ia amalan harian kita. InsyaAllah akan nampak sendiri hasilnya... 

 
 

Saturday 15 February 2014

CAIRKAN LEMAK TEPU

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LECITHIN CAIRKAN LEMAK TEPU!!


"Susahnyaa nak cari baju!! Dah muat elok kat atas tapi tak lepas pulak dari pinggang sampai ke bawah...aduhhh!!" 

Ramai ke yang hadapi masalah macam ni?? Alert..alert pleassse mommies2!!! Tu tandanya lemak dah banyak terkumpul kat bahagian punggung dan peha u alls k! Dekat bahagian ni lah lemak2 paling susah nak disingkirkan...tambah2 kalau dah bertahun-tahun dibiarkan mestilah lemak2 tu pun dah jadi tepu kan..kan.. Mana taknya asyik makan ikut sedap mulut je tapi lemak2nya tak dibakar langsung!



Haa macam mana nak atasinya?? jangan risau mommies2, setiap masalah ada penyelesaian. Hanya dengan menelan 3 biji Lecithin setiap kali lepas makan tengah hari dan malam, semua lemak2 yang terkumpul tadi akan dicairkan termasuklah lemak tepu yang dah lama melekat tu ye..  Lepas ni tak risaulah nak makan apapun sebab dah boleh bakar balik lemak2 tu kan, so tak sempatlah dia nak berkumpul dalam badan u alls..
 


Cepat2 order dengan saya kalau nak dapat balik bentuk badan ideal! Dah tak payah pening2 kepala nak cari saiz baju dah lepas ni kan. Dapatkan sekarang dengan harga JIMAT!!

===========
CARA ORDER:
===========
✉ PM kami disini ➜http://www.facebook.com/messages/Fabulous-Mom-Nutristore
☎ Call/ SMS/WhatsApp: Lina 013-3993960
========================

Monday 3 February 2014

Rawat Selsema dengan Vitamin C Shaklee


Salam u allz... Malam ni..ehh dah pagi la hehe...saya nak share macam mana nak rawat selsema tanpa makan ubat dari klinik atau farmasi.. :)

                                                                                                                                                           

"Aduhh selsema...seksanya.."

Memandangkan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, sekejap panas terik sekejap hujan lebat, maka ramailah yang terkena selsema ni kan...termasuklah diri saya :( Mula-mula anak sulung saya yang mendapat selsema ni dari rumah pengasuhnya. Kemudian wabak ni telah beralih arah dan merebak dengan pantasnya ke hidung saya pulak...yelah mana tak pantasnya dah dekat sebelah hari-hari..sebab anak sulung saya ni masih tidur bersama saya..huhuhu....
Hidung dah mula berair dan menitik tak henti-henti especially bila time tunduk...kepala pun dah mula rasa berat ja...tapi saya masih kuatkan iltizam untuk TIDAK mengambil sebarang ubat selsema dari mana-mana klinik atau farmasi kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia yang tidak selamat dan boleh memberi efek kepada puteri saya memandangkan saya masih menyusukannya secara eksklusif...
Jadi apa pilihan yang saya ada? Takkan nak biarkan hingus terus meleleh dan badan jadi lemah tak bermaya saja kan. Dah la saya kena jadi Supermom kepada Irfan dan Auni disebabkan encik suami masih outstation kena bertugas di Perlis selama 2 minggu.. :'(  So kenalah juga buat sesuatu untuk rawat selsema ni kan...

Sebelum ni saya memang mengambil sebiji Vitalea, B-Complex dan Vitamin C setiap hari untuk kesihatan optimum dan meningkatkan kualiti susu. Saya amalkan semenjak dari dalam pantang anak kedua lagi. Vitalea merupakan multivitamin yang kaya dengan 20+ jenis vitamin, mampu membekalkan vitamin dan mineral yang sangat saya perlukan. B Complex pula diperkaya dengan asid folik sememangnya sangat penting untuk kesihatan bayi, manakala Vitamin C pula membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh saya supaya sistem imun tubuh lebih tinggi. Ahahh...dah dapat jawapannya...Vitamin C (untuk antibodi & sistem imun), memang sesuai sangat untuk rawat penyakit kan ;)

Vitamin C yang sememangnya baik untuk imunisasi ini kini saya upkan kepada 2 tablet setiap hari bagi membantu saya merawat selsema saya ini. Setiap hari saya akan telan 4 tablet ini selepas breakfast .



Selepas dua hari mengamalkannya selsema saya pun beransur pulih. Alhamdulillah, apabila bangun tidur, tiada lagi hingus yang memblock hidung saya dan kini selsema saya sudah hilang sepenuhnya.

Seronok rasanya dapat merawat selsema hanya dengan memakan Vitamin C Shaklee. Tak perlu risau dah sebab dah tak perlu telan ubat selsema yang pahit dan adakalanya memberi efek mengantuk keterlaluan.

Di samping tubuh yang sihat, vitamin ni jugak dapat memberi kesan sampingan yang sangat baik kepada kulit saya :).
Tapi harus diingat semua yang berlaku dengan izin daripada Allah s.w.t. jua..
Alhamdulillah...

================================================================
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mahupun pembelian sebarang produk Shaklee... 
email : norlina_ab@yahoo.com.my  
call/sms/whatsapp : 013-3993960

================================================================