Sunday 13 July 2014

Jadi Ahli Shaklee Boleh Dapat Bonus Raya!

Salam Ramadhan semua,

Wah....hari ini dah nak masuk setengah bulan kita berpuasa kan. Terasa pantas sangat masa berlalu. Bagi semua penjawat awam di seluruh Malaysia, sudah pasti rasa tak sabar menunggu Bonus Raya yang akan diberi oleh kerajaan pada 15hb nantii kan. Bertambah untung kalau anda penjawat awam yang bernaung di bawah kerajaan negeri (contohnya bekerja di PBT spt Majlis Bandaraya) yang diperintah oleh pembangkang kerana anda akan diberi bonus tambahan. 

Memang seronok la dapat duit kan, dah boleh lepas buat perbelanjaan beli baju dan kuih raya nanti. Namun tahukah anda, bonus raya kerajaan yang tak sampai RM1k tu jauh lebih rendah dari Bonus Raya yang ditawarkan oleh Shaklee, iaitu sebanyak RM2k sebulan...haa 2 kali ganda kan. Malah anda berpeluang mendapat bonus sebanyak itu setiap bulan, berbanding bonus kerajaan yang hanya diberi setahun sekali pada musim perayaan. Bagaimana caranya nak dapat RM2k? Tidak lain tidak bukan, hanya dengan mendaftar jadi ahli Shaklee sahaja, anda akan mendapat bonus sebanyak itu. Malah jumlah itu boleh bertambah dari bulan ke bulan berikut sekiranya anda betul2 fokus dalam bisnes ni dan mempraktikkan semua yang telah diajar.

Sebelum tu, nak cerita sikit bagaimana saya boleh terjebak mendaftar jadi ahli Shaklee. Alkisahnya bermula semasa saya mencuba Set Bersalin Shaklee untuk anak kedua. Selepas mendapat kesan yang sangat baik dari produk Shaklee, saya terus tertarik untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Apa lagi, menggodek internet sajalah kerja saya sepanjang cuti bersalin tu. Saya terjumpa banyak blog yang menceritakan tentang kebaikan produk Shaklee dan kelebihan jadi ahli, tetapi saya amat tertarik dengan satu blog milik seorang SID (Shaklee Independent Distributor) yang menceritakan kegembiraan beliau apabila dapat menjadi WAHM (Work At Home Mother) dengan hanya membuat bisnes Shaklee secara online. Ini mungkin kerana saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang WAHM memandangkan saya bertekad untuk fully breastfeeding anak kedua saya, ditambah pula dengan tekanan kerja yang semakin bertambah membuatkan saya mahu berhenti kerja. Tetapi disebabkan personal loan yang banyak (memang biasa berlaku pada penjawat awam), saya tidak boleh berhenti kerja selagi tidak mendapat income lain yang stabil. Jadi apa yang saya nampak, bisnes Shaklee ini dapat memberi side income yang lumayan kepada ahlinya. Tanpa berlengah lagi saya pun terus menghubungi SID tadi dan join jadi ahli Shaklee di bawah susur galur beliau. Saya sangat bersyukur berada di bawah naungan beliau kerana kumpulan kami adalah penyumbang terbesar kepada syarikat Shaklee di Malaysia.




Baiklah, sekarang kita berbalik kepada cerita nak dapat Bonus Raya dengan mendaftar jadi ahli Shaklee. Sebenarnya ada dua cara untuk mendaftar jadi ahli Shaklee ni. Mudah sangat caranya, sebab itulah saya terus join Shaklee tanpa berfikir panjang. Modalnya tak banyak, tak perlu nak buat loan bagai sebab bab ni saya sendiri pun fobia sebab dah pernah tertipu buat loan untuk satu MLM yang bukan base pada produk macam Shaklee, cuma base pada cari orang, akhirnya habuk pun takdak, dah la satu sen pun tak dapat, terpaksa pula menanggung hutang sampai 20 tahun! Oh TIDAK!! Anda takkan jadi macam saya sekiranya anda join Shaklee di bawah saya sekarang. Kita akan bersama-sama berusaha menjayakan bisnes ini sehingga tercapai semua matlamat dan impian kita. Jangan bimbang sekiranya anda tidak pernah buat bisnes sebelum ini, semua bimbingan akan diberi dalam Support Group kita oleh mereka yang sudah berjaya. Anda boleh lihat siapakah PENAUNG gorup ini yang tidak pernah jemu membimbing dan mencurahkan ilmu kepada seluruh empayarnya.


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee:



1. Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (plus RM10 sebagai postage jika mahukan kit member dipos). Sebelum bayar tu anda mestilah berurusan dengan mana-mana distributor pilihan untuk jadi penaja anda dan seterusnya dia akan membantu anda mengisi borang dan uruskan hal pendaftaran. Jika anda mahu buat sendiri, anda kena pergi ke mana2 cawangan Shaklee yang berhampiran untuk beli borang seterusnya mendaftar di kaunter. Itupun kalau ada cawangan Shaklee berhampiran anda, kalau tak ada, cara paling mudah adalah minta distributor untuk daftarkan untuk anda. Sebagai contohnya anda nak jadi ahli, anda boleh hubungi saya dan beritahu nak minta daftarkan ahli. Saya akan uruskan segala urusan pendaftaran anda dan anda hanya perlu tunggu kit member anda sampai di rumah. Anda akan mendapat nombor ID (iaitu nombor keahlian anda dalam Shaklee) melalui sms. Nombor ID itulah yang kita akan guna untuk beli produk dan kumpul point.



2. Mendaftar jadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Maknanya tidak perlu buat bayaran RM65 tadi? Ya, betul. Caranya ialah, anda kena buat belian produk bernilai RM656 bersamaan dengan 200 point untuk melayakkan anda dapat FREE MEMBERSHIP. Jika rasa RM656 tu terlalu banyak, anda boleh kongsi beli dengan kawan-kawan atau saudara-mara terutamanya mereka yang sudah pernah mengguna produk Shaklee, lepas tu anda yang akan dapat FREE MEMBERSHIP. DAN ada lagi kelebihan jika ambil option ni, anda berpeluang mendapat BONUS DARI SHAKLEE SERTA MERTA. Maknanya anda layak untuk merasa bonus berupa cash pada bulan tersebut berdasarkan pembelian yang telah dibuat. Sebab itu ramai pilih option 2 ni untuk dapat lebih benefit.

Kit Member yang anda akan dapat setelah menjadi ahli Shaklee yang sah.


Sekiranya anda mahu tahu lebih detail pasal cara mendaftar jadi ahli Shaklee, bolehlah membaca link di bawah:

Cara Daftar Ahli Shaklee
Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma


Mudah saja caranya kan. Pilihan terletak di tangan anda. Kalau anda tak rebut peluang ni sekarang, tak dapat la nak merasa Bonus Raya dari Shaklee ni kan. Selain itu, anda akan dapat banyak kelebihan dengan mendaftar di bawah group kami, antaranya:

  • Bisnes yang fleksibel.
  • Produk yang diyakini, berkesan dan selamat.
  • Tiada modal.
  • Tiada lambakan stok
  • Tidak perlu keluar rumah.
  • Tidak perlu cari orang, tapi orang akan cari kita.
  • Bimbingan secara online dan percuma, tidak perlu hadir mana2 kelas.
  • Kami adalah group penyumbang terbesar Shaklee Malaysia.
  • Terbukti - sudah ramai ahli yang berjaya membina empayar jutawan masing2.

Setelah melihat manfaat yang sangat banyak dan menguntungkan ini, anda pasti tak mahu lepaskan peluang untuk mendaftar jadi ahli Shaklee kan. Apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Jangan segan2 untuk hubungi saya, saya juga bersedia berikan konsultasi PERCUMA kepada anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

6 comments:

  1. Rugi bagi yang tak jadi ahli...banyak manfaatnya

    http://sayangkandiri.blogspot.com/2014/04/kelebihan-jadi-ahli-shaklee.html

    ReplyDelete
  2. Assalam...

    Best kan jadi ahli :)
    http://nutrisihatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Join shaklee memang best...tak join rugii....

    Http://qasehfirdausshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan...orang zon utara juga nampaknya..hihi

    ReplyDelete
  5. org kampung ceq ni....hehe...mcm2 boleh dapat dgn join shaklee kan..bermula hanya dgn RM75
    http://huntvitamin.blogspot.com/2014/04/part-time-full-time-dgn-shaklee.html

    ReplyDelete