Tuesday 29 April 2014

Petua Mendapat Anak Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.
 
"Sayang, kalau kita dapat anak lelaki lepas ni kan best. Bukan abang tak suka anak perempuan, mereka semua adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Cuma kalau ada anak lelaki ni boleh la teman abang buat aktiviti-aktiviti lasak yang orang lelaki ja boleh buat...hehehe..."
 
Hahaha...ada ke ibu-ibu yang pernah diajukan kenyataan seperti ini oleh cik suami tercinta. Mesti pening kepala juga kan memikirkan bagaimana cara atau teknik yang berkesan untuk dapat anak lelaki, tambah-tambah jika cubaan yang sebelum ini juga gagal, mesti timbul rasa nak give up kan...huhu....boleh stress dibuatnya.
 
Jangan stress ibu-ibu nanti cepat tua pulak...hehe. Semua keinginan kita mestilah direalisasikan dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah, jangan cepat mengalah dan berputus asa, insyaAllah pasti akan dimakbulkan oleh-Nya. 
 
Di bawah ini saya kongsikan  beberapa petua untuk mendapat anak lelaki yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita. Cubalah praktikkan petua-petua ini...mana tau ada rezeki kan. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang mengidamkan baby boy...:)
 
Jom baca petikan di bawah ye;
 
Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
 
Elakkan pengambilan makanan berasid
Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)
 
Hubungan intim waktu subur
Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.
 
Cecair bertukar alkali
Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalaman faraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) ini boleh dibeli di farmasi.
 
Posisi persetubuhan
Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.
 
 * Haa...dah dapat kan petuanya. Jangan peram pulak ye...mesti cuba buat baru la dapat hasilnya kan. Satu lagi yang dapat saya kongsikan ialah sebelum bersama suami, ibu-ibu mesti tekadkan dalam hati nak anak lelaki dan berdoa betul-betul pada Allah supaya dikurniakan anak lelaki (sama juga caranya jika mahukan anak perempuan ye...:)). Setelah berjaya hamil, banyakkan membaca surah Luqman untuk dapatkan anak lelaki manakala surah Maryam jika mahukan anak perempuan.
 
Selamat mencuba semua! Saya doakan semoga impian ibu-ibu dan bapa-bapa akan tercapai akhirnya, insyaAllah dengan izin-Nya..