Monday, 11 August 2014

Terpaksa Berhenti Merokok dengan Vivix Shaklee

Salam sayang...

Sedar tak sedar, sudah hampir dua minggu kita menyambut Aidilfitri kan. Di dalam bulan Ramadhan yang lepas, sudah pasti semua perokok terpaksa menghentikan aktiviti merokok buat sementara waktu sebab berpuasa. Adakah aktiviti merokok ini dihentikan terus setelah masuk bulan Syawal ni ataupun bersambung dan kembali seperti biasa? Syabas kepada anda yang telah berjaya menghentikan terus amalan merokok ini. Bagi yang masih gagal, cuba renung-renungkan apakah faedah yang diperolehi dari merokok ini kepada diri sendiri dan juga kepada orang sekeliling anda? Tak ada satu pun faedah rasanya kan. Masih belum terlambat sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok asalkan ada niat yang murni dan usaha berterusan yang tidak kenal jemu.


Berhenti merokok sekarang!

Saya tahu anda sudah 'terperangkap'. Di sudut hati anda, anda mahu berhenti tapi anda tak mampu nak melakukannya. Terdapat banyak sangat halangan, antaranya godaan dan pujukan dari rakan-rakan yang juga seorang perokok memang sangat sukar ditepis. Ditambah lagi dengan perasaan takut kalau-kalau akan dipulaukan oleh rakan-rakan bila dah berhenti merokok, sebab itulah ramai yang kecundang dan akhirnya kembali kepada aktiviti merokok ini semula.


Katakan "tak nak" kepada rokok.

Nasihat saya kepada perokok-perokok terutamanya perokok tegar, teruslah berusaha untuk berhenti merokok. Kuatkanlah semangat dan mental anda, fikirkan orang-orang tersayang di sekeliling anda. Hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab anda apabila membiarkan  orang lain menyedut asap yang penuh dengan toksin dari rokok yang anda hisap. Merokok ini hanya memudaratkan kesihatan (seperti sakit jantung,paru-paru, kanser dsbgnya). Setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok. Oleh itu berhentilah merokok sebelum rokok mematikan anda dan keluarga anda.

Janganlah tunggu sampai jadi macam gambar di bawah, baru nak berhenti rokok, dah tak guna kan.


Say NO to rokok! Jangan tunggu sampai macam ni baru nak berhenti.


Haa...takut kan tengok gambar kat atas. Jadi, cepat-cepatlah berhenti rokok wahai kaum adam dan pertahankan/pelihara 'kelelakian' anda...;)


Bagaimana Mahu Berhenti Merokok?

Sebenarnya ada pelbagai kaedah yang digunakan untuk berhenti merokok. Antaranya ialah dengan menggunakan alat bantuan berhenti merokok. Terdapat banyak produk di pasaran, contohnya tablet nikotin, patches dan gula-gula getah yang mana semuanya bertujuan untuk memenuhi keperluan nikotin yang menggila apabila mereka tidak hisap rokok. Semua produk ini berfungsi sebagai pengganti nikotin sahaja sebenarnya.

Buat Anda Yang Berhasrat Berhenti Merokok

Buat anda yang berhasrat untuk berhenti merokok, saya cadangkan anda tonton video di bawah ini. Ada perkongsian daripada seorang sahabat yang berjaya berhenti merokok akibat 'terpaksa' berhenti. Ia bagus untuk anda.

Klik di sini untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=63y35enT9XI



(Kredit kepada tuan punya video ini)

Melalui video ini kita dapat lihat satu perkongsian yang jujur bagaimana sahabat ini berjaya berhenti merokok. Mungkin ini jawapan dan penyelesaian yang anda cari selama ini. Mungkin anda boleh hadiahkan VIVIX kepada diri sendiri ataupun suami/isteri dan siapa saja orang terdekat anda yang merokok. Jika anda benar-benar merasakan inilah masa yang terbaik untuk anda atau mereka berubah.

Why not. Lets try VIVIX.
It's safe, it's work and it's natural!

Dah ramai yang terpaksa berhenti merokok selepas mencuba VIVIX. Bagi saya ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mungkin ini jalan keluar untuk sesiapa pun 'berhenti merokok'.


Berhajat Untuk Mencuba VIVIX




Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, atau menghadiahkan VIVIX buat insan yang tersayang, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya di talian seperti di bawah..

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang merokok. Saya doakan impian mereka yang berhasrat berhenti merokok akan tercapai...insyaAllah.

Sekian, wassalam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

COLLAGEN POWDER SHAKLEE UNTUK KULIT ANJAL

Assalamualaikum...


Shaklee Collagen Powder

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua di sini. Ok hari ini terpanggil pulak nak kongsi pasal kolagen shaklee, memandangkan banyak produk kolagen di pasaran sekarang ini dan ada juga produk yang ditambah kolagen seperti kopi kolagen, cocoa kolagen dan banyak lagi. Itu antara contoh sajalah. Disebabkan terlalu banyak maka sudah semestinya kita sebagai pengguna perlu membuat pilihan yang bijak. Perhatikan terlebih dahulu isi kandungan kolagen yang terdapat dalam semua produk tadi sebelum membeli supaya kita betul-betul mendapat manfaat dari produk kolagen tersebut. Bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai'. Baiklah sebelum itu apa kata kita berkenalan dulu dengan COLLAGEN itu sendiri.


APAKAH COLLAGEN?

Kolagen ni adalah sejenis protein. Fungsinya adalah menyambungkan tisu-tisu kulit, tulang, otot. Seolahnya jika bahasa paling mudah adalah umpama gam yang menyambungkan organ badan kita. Jika gam ni hilang maknanya kulit akan mulai mengendur, berkedut. Collagen ni akan memastikan keanjalan kulit kita terpelihara.

APA JADI BILA HILANGNYA KOLAGEN?

Pengeluaran kolagen mulai berkurangan bila seseorang mencecah usia 30an. Bila ianya mulai berkurangan, akan muncullah kedutan dan juga kulit akan hilang keanjalannya. Kulit akan hilang ketegangan dan tidak bermaya. Haa sekarang dah faham kan kepentingan kolagen ni..


APA ADA DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

  • Collagen Powder Shaklee merupakan suplemen KOLAGEN HEBAT yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu hidangan dipek dalam satu sachet untuk memudahkan anda menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
  • Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.
  1. Ekstrak biji benih Camelia Japonica
  2. Ekstrak Pfaffia
  3. Kolagen ikan
  4. Ekstrak kerang-kerangan
  5. Lactobacillus Acidophilus
  6. Vitamin C
  7. Vitamin B

Secara ringkasnya, dengan pengambilan collagen ini, dpt membantu:

*Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
*Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
*Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
*Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
*Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
*Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
*Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
*Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
*Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
*Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan



*** Faedah tambahan :

*Menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.


>>  Jadi kesimpulannya, Collagen Powder Shaklee adalah pilihan yang bijak kerana memberikan manfaat sebenar yang kita mahukan dari satu supplemen kolagen. Bukan itu saja, pembeliannya juga merupakan pelaburan yang bijak untuk SIHAT dan CANTIK! Lebih menguntungkan jika BELI 3 KOTAK Collagen Powder Shaklee akan dapat FREE MEMBERSHIP BERNILAI RM75. Menarik kan??!

>> Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk kelihatan CANTIK, MENARIK, TERTARIK & GORJESS luar dan dalam!! Place your ORDER now!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

Wednesday, 6 August 2014

Set Kesuburan Shaklee - Sepupuku Berjaya Hamil

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran, hari ni baru berkesempatan menjenguk blog selepas seminggu beraya sakan...hehe.. Sebenarnya bulan ni saya berasa sungguh teruja sebab promo produk shaklee bulan ni adalah GLA Complex.




Nak tahu sebab apa saya teruja sangat?? Sebabnya GLA Complex ni telah merubah kehidupan salah sorang sepupu saya ni. Ianya bermula pada saat beliau mendapat tahu bahawa beliau sudah berjaya hamil setelah beberapa bulan mengambil Set Kesuburan Shaklee dari saya. Beliau yang dulunya hidup diselubungi kesedihan dan kekecewaan kini telah bertukar kepada kegembiraan dan keceriaan. Siapa yang tidak gembira setelah mendapat tahu dia berjaya hamil sedangkan sebelum ini sudah bertahun-tahun mencuba pelbagai cara tetapi masih gagal sehingga menyebabkan dia hampir-hampir berputus asa.


Syukur Alhamdulillah, akhirnya sepupuku berjaya hamil!

Tatkala menerima berita gembira ini dari beliau, saya berasa sangat-sangat gembira dan teruja (excited lebih tau..hehe..) kerana akhirnya saya dapat membantu beliau untuk hamil, dengan izin Allah swt juga, selepas beliau dan suami menanti lebih dari 6 tahun untuk menimang cahayamata. Sekarang ini beliau sedang sarat mengandung dan dijangka menerima kehadiran orang baru pada awal bulan September nanti. Alhamdulillah keadaan baby dalam kandungan juga sihat kata beliau semasa kami berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas kerana beliau juga mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil. Sekarang saya dapat melihat keceriaan pada wajah beliau berbanding sebelum ini yang sentiasa muram dan tidak gembira.

Bagi diri saya pula timbul satu perasaan yang luarbiasa gembiranya apabila sudah berjaya membantu sepupu sendiri...tiada ungkapan yang dapat menggambarkannya. Saya berharap dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang menghadapi masalah yang sama di luar sana, insyaAllah dengan keizinan-Nya Yang Maha Esa. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, bagi mereka yang sedang berusaha mendapat zuriat, tidak seharusnya cepat mengalah dan berputus asa (mesti bersemangat tinggi seperti sepupu saya) serta tidak bersangka buruk kepada ketentuan Yang Maha Pencipta kerana kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab-musababnya. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, Dia yang menentukan bila kita patut mendapat anak, begitulah juga dengan soal jodoh dan kematian. Ini semua adalah ujian dari Allah swt untuk melihat tahap kesabaran hambanya. Oleh itu kita tidak sepatutnya cepat mengalah tanpa berusaha bersungguh-sungguh diiringi dengan doa tanpa henti pada-Nya dan akhirnya tawakal dan berserah.

Baiklah, sekarang mari kita lihat apakah vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee yang diamalkan oleh sepupu saya dan suami beliau sehingga berjaya hamil akhirnya.




Yang pertama mestilah GLA Complex kan. GLA Complex ni dapat membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan cecair servik yang berkualiti bagi meningkatkan kesuburan wanita. Selain GLA Complex beliau juga mengambil Alfalfa Complex untuk mengurangkan masalah keputihan dan Vitamin B-Complex yang mengandungi asid folik yang berfungsi menguatkan rahim di samping mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Manakala suami beliau pula mengambil Zinc Complex yang berfungsi meningkatkan kuanti dan kualiti sperma dan membantu sperma bergerak lebih pantas ke ovum dengan menjadikannya lebih sihat. Zinc Complex ni juga dapat meningkatkan tenaga dan nafsu lelaki (seperti yang dikongsikan oleh sepupu saya sendiri).




Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini, boleh terus hubungi saya melalui talian seperti di bawah. Saya akan berikan konsultasi percuma dengan setiap pembelian set ini hanya dari sini.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

Sunday, 13 July 2014

Jadi Ahli Shaklee Boleh Dapat Bonus Raya!

Salam Ramadhan semua,

Wah....hari ini dah nak masuk setengah bulan kita berpuasa kan. Terasa pantas sangat masa berlalu. Bagi semua penjawat awam di seluruh Malaysia, sudah pasti rasa tak sabar menunggu Bonus Raya yang akan diberi oleh kerajaan pada 15hb nantii kan. Bertambah untung kalau anda penjawat awam yang bernaung di bawah kerajaan negeri (contohnya bekerja di PBT spt Majlis Bandaraya) yang diperintah oleh pembangkang kerana anda akan diberi bonus tambahan. 

Memang seronok la dapat duit kan, dah boleh lepas buat perbelanjaan beli baju dan kuih raya nanti. Namun tahukah anda, bonus raya kerajaan yang tak sampai RM1k tu jauh lebih rendah dari Bonus Raya yang ditawarkan oleh Shaklee, iaitu sebanyak RM2k sebulan...haa 2 kali ganda kan. Malah anda berpeluang mendapat bonus sebanyak itu setiap bulan, berbanding bonus kerajaan yang hanya diberi setahun sekali pada musim perayaan. Bagaimana caranya nak dapat RM2k? Tidak lain tidak bukan, hanya dengan mendaftar jadi ahli Shaklee sahaja, anda akan mendapat bonus sebanyak itu. Malah jumlah itu boleh bertambah dari bulan ke bulan berikut sekiranya anda betul2 fokus dalam bisnes ni dan mempraktikkan semua yang telah diajar.

Sebelum tu, nak cerita sikit bagaimana saya boleh terjebak mendaftar jadi ahli Shaklee. Alkisahnya bermula semasa saya mencuba Set Bersalin Shaklee untuk anak kedua. Selepas mendapat kesan yang sangat baik dari produk Shaklee, saya terus tertarik untuk mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Apa lagi, menggodek internet sajalah kerja saya sepanjang cuti bersalin tu. Saya terjumpa banyak blog yang menceritakan tentang kebaikan produk Shaklee dan kelebihan jadi ahli, tetapi saya amat tertarik dengan satu blog milik seorang SID (Shaklee Independent Distributor) yang menceritakan kegembiraan beliau apabila dapat menjadi WAHM (Work At Home Mother) dengan hanya membuat bisnes Shaklee secara online. Ini mungkin kerana saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang WAHM memandangkan saya bertekad untuk fully breastfeeding anak kedua saya, ditambah pula dengan tekanan kerja yang semakin bertambah membuatkan saya mahu berhenti kerja. Tetapi disebabkan personal loan yang banyak (memang biasa berlaku pada penjawat awam), saya tidak boleh berhenti kerja selagi tidak mendapat income lain yang stabil. Jadi apa yang saya nampak, bisnes Shaklee ini dapat memberi side income yang lumayan kepada ahlinya. Tanpa berlengah lagi saya pun terus menghubungi SID tadi dan join jadi ahli Shaklee di bawah susur galur beliau. Saya sangat bersyukur berada di bawah naungan beliau kerana kumpulan kami adalah penyumbang terbesar kepada syarikat Shaklee di Malaysia.




Baiklah, sekarang kita berbalik kepada cerita nak dapat Bonus Raya dengan mendaftar jadi ahli Shaklee. Sebenarnya ada dua cara untuk mendaftar jadi ahli Shaklee ni. Mudah sangat caranya, sebab itulah saya terus join Shaklee tanpa berfikir panjang. Modalnya tak banyak, tak perlu nak buat loan bagai sebab bab ni saya sendiri pun fobia sebab dah pernah tertipu buat loan untuk satu MLM yang bukan base pada produk macam Shaklee, cuma base pada cari orang, akhirnya habuk pun takdak, dah la satu sen pun tak dapat, terpaksa pula menanggung hutang sampai 20 tahun! Oh TIDAK!! Anda takkan jadi macam saya sekiranya anda join Shaklee di bawah saya sekarang. Kita akan bersama-sama berusaha menjayakan bisnes ini sehingga tercapai semua matlamat dan impian kita. Jangan bimbang sekiranya anda tidak pernah buat bisnes sebelum ini, semua bimbingan akan diberi dalam Support Group kita oleh mereka yang sudah berjaya. Anda boleh lihat siapakah PENAUNG gorup ini yang tidak pernah jemu membimbing dan mencurahkan ilmu kepada seluruh empayarnya.


Cara Daftar Jadi Ahli Shaklee:



1. Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (plus RM10 sebagai postage jika mahukan kit member dipos). Sebelum bayar tu anda mestilah berurusan dengan mana-mana distributor pilihan untuk jadi penaja anda dan seterusnya dia akan membantu anda mengisi borang dan uruskan hal pendaftaran. Jika anda mahu buat sendiri, anda kena pergi ke mana2 cawangan Shaklee yang berhampiran untuk beli borang seterusnya mendaftar di kaunter. Itupun kalau ada cawangan Shaklee berhampiran anda, kalau tak ada, cara paling mudah adalah minta distributor untuk daftarkan untuk anda. Sebagai contohnya anda nak jadi ahli, anda boleh hubungi saya dan beritahu nak minta daftarkan ahli. Saya akan uruskan segala urusan pendaftaran anda dan anda hanya perlu tunggu kit member anda sampai di rumah. Anda akan mendapat nombor ID (iaitu nombor keahlian anda dalam Shaklee) melalui sms. Nombor ID itulah yang kita akan guna untuk beli produk dan kumpul point.



2. Mendaftar jadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Maknanya tidak perlu buat bayaran RM65 tadi? Ya, betul. Caranya ialah, anda kena buat belian produk bernilai RM656 bersamaan dengan 200 point untuk melayakkan anda dapat FREE MEMBERSHIP. Jika rasa RM656 tu terlalu banyak, anda boleh kongsi beli dengan kawan-kawan atau saudara-mara terutamanya mereka yang sudah pernah mengguna produk Shaklee, lepas tu anda yang akan dapat FREE MEMBERSHIP. DAN ada lagi kelebihan jika ambil option ni, anda berpeluang mendapat BONUS DARI SHAKLEE SERTA MERTA. Maknanya anda layak untuk merasa bonus berupa cash pada bulan tersebut berdasarkan pembelian yang telah dibuat. Sebab itu ramai pilih option 2 ni untuk dapat lebih benefit.

Kit Member yang anda akan dapat setelah menjadi ahli Shaklee yang sah.


Sekiranya anda mahu tahu lebih detail pasal cara mendaftar jadi ahli Shaklee, bolehlah membaca link di bawah:

Cara Daftar Ahli Shaklee
Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma


Mudah saja caranya kan. Pilihan terletak di tangan anda. Kalau anda tak rebut peluang ni sekarang, tak dapat la nak merasa Bonus Raya dari Shaklee ni kan. Selain itu, anda akan dapat banyak kelebihan dengan mendaftar di bawah group kami, antaranya:

  • Bisnes yang fleksibel.
  • Produk yang diyakini, berkesan dan selamat.
  • Tiada modal.
  • Tiada lambakan stok
  • Tidak perlu keluar rumah.
  • Tidak perlu cari orang, tapi orang akan cari kita.
  • Bimbingan secara online dan percuma, tidak perlu hadir mana2 kelas.
  • Kami adalah group penyumbang terbesar Shaklee Malaysia.
  • Terbukti - sudah ramai ahli yang berjaya membina empayar jutawan masing2.

Setelah melihat manfaat yang sangat banyak dan menguntungkan ini, anda pasti tak mahu lepaskan peluang untuk mendaftar jadi ahli Shaklee kan. Apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Jangan segan2 untuk hubungi saya, saya juga bersedia berikan konsultasi PERCUMA kepada anda.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

Friday, 11 July 2014

Basic H - Pencuci Organik Beribu Kegunaan

Salam Ramadhan semua,

Pernah dengar pasal Basic H tak? Basic H ni adalah cecair pencuci yang serbaguna. Sangat bagus disediakan di rumah untuk beribu-ribu kegunaan. Ia berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana yang boleh dibasuh di dalam dan di luar.Paling penting ia produk yang mesra alam, di mana ramuannya semulajadi dari ekstrak jagung dan kelapa, tanpa bahan kimia, tanpa fosfat, tanpa bahan pewarna dan selamat untuk sistem septik dan pembentungan. Jadi tak perlu la bimbang kalau Basic H ni terkena kulit ke, mata ke waima tertelan oleh bayi anda, memang tak ada effect apa-apa kalau nak dibandingkan dengan pencuci serbaguna yang terdapat di pasaran sekarang. Kebanyakannya mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan...sangat merbahaya kan.

Saya guna untuk basuh botol susu anak.

Sekarang jom kita lihat apakah kegunaan Basic H dan cara penggunaannya.

KEGUNAAN & CARA:

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

Guna Basic H untuk kilatkan lantai.


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA:

1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Wow...luka terus kering lepas cuci dengan Basic H.


Perkongsian dari seorang pengguna Basic H:

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampin pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Hakikatnya Basic H ni banyak kegunaannya. Hanya dengan beberapa titis, ia membantu saya dengan banyak urusan.

 *credit kak N

Kesimpulannya, Basic H adalah satu cecair pencuci organik yang sangat berkuasa. Ia SELAMAT kerana tidak bertoksin, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi, tanpa klorin, lembut pada tangan dan mempunyai pH seimbang. Ia BERKESAN kerana dapat menanggalkan kesan kotoran berminyak. Ia MENJIMATKAN kerana kepekatannya sangat tinggi, 16 auns kandungannya sebotol boleh membuat sebanyak 48 gelen pembersih berkuasa apabila bercampur dengan air. Ia MESRA ALAM kerana ramuannya semulajadi, biorosot, tanpa fosfat, bungkusan yang boleh dikitar semula dan ia selamat untuk sistem septik dan pembentungan.

Jika anda sayangkan diri, kediaman dan bumi anda, bertukarlah sekarang kepada pencuci serbaguna Shaklee ini yang sudah terbukti SELAMAT, BERKUASA, MESRA ALAM DAN BIJAK.

Kalau berminat nak beli Basic H ini, anda boleh hubungi saya untuk buat tempahan, ataupun jika anda mahu beli sendiri Basic H secara online dengan menggunakan kad kredit/debit anda (macam beli barang lain kat online tu), mudah saja caranya. Hanya perlu klik link di bawah dan isikan semua maklumat yang diminta dan terus submit. Kemudian cuma tunggu, barang akan dihantar terus di hadapan rumah anda...senang kan.



Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dan menyertai Group Jutawan kami, boleh klik link di bawah:

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

Monday, 7 July 2014

TIPS SUSU IBU POWER - MENU IBU MENYUSU DI BULAN PUASA


[TIPS SUSU IBU POWER - RAMADHAN DATANG LAGI]


CONTOH MENU IBU MENYUSU DI BULAN PUASA



Gambar Hiasan: Cadangan menu untuk ibu menyusu

Kadang-kadang ibu keliru apa menu untuk berbuka dan bersahur, tapi masih mahu maintain production susu kan. Berikut adalah contoh menu harian ibu pada bulan puasa ya:

✔ BERBUKA: Mulakan dengan kurma 3 biji untuk tenaga segera.

MAKANAN berbuka ibu mesti ada: NASI*(atau sumber karbohidrat lain seperti mi/bihun), ikan/ayam/telur kurang minyak dan kurang pedas, sayur warna hijau pekat.

- Lebih pekat warna hijau pada sayur, lebih tinggi kandungan KALSIUM dan KLOROFIL nya.
- Ikan/ayam (isi putih) pula tinggi kandungan PROTEIN.

MINUMAN: Milo/horlicks/susu panas atau jus buahan SUAM seperti apple/carrot juice. Elakkan AIS tau!

✔ Selang masa berbuka hingga sahur:

- Milo/horlicks/susu panas dan biskut tinggi fiber selepas menyusu.
- Kurma 3-5 biji sebagai 'snack'.
- Satu bekas kurma di sebelah katil, dimakan semasa sesi menyusu waktu malam.
- Air suam sedikit-sedikit tetapi kerap, atau segelas setiap sejam.

✔ SAHUR:

MAKANAN mesti ada: NASI* (atau sumber karbohidrat lain seperti mi/bihun), ikan/ayam/telur kurang minyak dan kurang pedas, sayur warna hijau pekat.

MINUMAN: Milo/horlicks/susu panas dengan oat dan air suam.


MILK BOOSTER boleh diambil waktu ini. 

(Sumber: PumpOnTheGo)
*************************************************************************

MILK BOOSTER SHAKLEE yang paling HOT dan BEST SELLER abad ini adalah ESP Soy Protein Isolate Powder dan Alfalfa. Memang sangat laris set ni, macam goreng panas! ESP dan Alfalfa mampu menggalakkan pengeluaran susu ibu, susu ibu juga menjadi lebih pekat. Bagi ibu-ibu yang belum mencuba set ini, wajib dapatkannya sekarang dan rasai sendiri keberkesanannya.


Milk Booster keluaran Shaklee paling laris abad ini.

Testimoni seorang ibu menyusu yang mengambil ESP dan Alfalfa.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

SOALAN YANG SELALU DITANYA MENGENAI SHAKLEE.

Frequently Ask Question

1. Sudah berapa lama Syarikat Shaklee bertapak di Malaysia?

Shaklee ditubuhkan pada tahun 1956 dan mula bertapak di Malaysia pada
tahun 1988. Ia sebuah syarikat yang kukuh dan sangat stabil.

2. Adakah produk-produk Shaklee halal dan berkualiti?
Semua produk Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Services of
America (ISA). Isa merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Setiap produk Shaklee diuji secara klinikal berkali kali (bukan sekali dua tapi 
beribu-ribu kali) bagi membuktikan ia menghasilkan kualiti yang terbaik dan 
tidak memberi kesan sampingan kepada pengguna.

3. Perlukah saya menjual produk sekiranya saya menyertai Shaklee?
Jika anda menyertai Shaklee sebagai pengguna, anda tidak perlu menjual
produk Shaklee. Sebaliknya anda boleh membeli produk Shaklee untuk
kegunaan sendiri dan berpeluang mendapat bonus sekiranya pembelian
melebihi jumlah yang ditetapkan.
Sekiranya anda menyertai Shaklee untuk menjalankan bisnes, anda tidak
dapat lari dari ‘menjual’ produk-produk Shaklee. Tetapi, anda akan
dibimbing sebaik mungkin untuk menggunakan teknik ‘Jemput-Jemput’ dan
‘Panggil-Panggil’ iaitu anda tidak perlu menjual produk. Sebaliknya anda
membuatkan pelanggan yang mencari anda. Tambahan pula produk Shaklee 
ini memang berkualiti, semua pelanggan yang telah merasai sendiri 
keberkesanannya pasti akan repeat pembelian. So, lets the product TALK itself!

4. Adakah Shaklee ini syarikat MLM? Kalau ya, perlukah saya mencari orang
untuk mengajak mereka masuk di bawah saya?
Ya. Shaklee merupakan salah satu daripada syarikat MLM yang terdapat di
Malaysia. Anda tidak perlu mencari orang untuk masuk di bawah anda, tetapi
anda akan diajar menggunakan teknik pemasaran terkini di mana orang yang
akan mencari anda untuk menyertai Shaklee bersama anda.
Adakah Shaklee melepasi syarat syarat yang ditetapkan dalam Islam sebagai
MLM yang Syarie?
Anda boleh baca ulasan Dr Zaharudin di sini.

ULASAN DR ZAHARUDIN MENGENAI HUKUM MLM

5. Saya tengok di internet, ramai orang yang dah berjaya dalam bisnes
Shaklee, jika saya join adakah saya juga akan berjaya?
Di Malaysia, sudah ramai yang memperoleh pendapatan 6 angka bersama
Shaklee. Sudah terlalu ramai yang mendapat bonus 5 angka sebulan
sekarang ini.
Saya tidak berani menjamin kejayaan anda di dalam Bisnes Shaklee ini. Ini
kerana, bisnes ini bergerak atas prinsip, ‘Anda Berniaga, Anda Dapat Duit.
Tiada istilah goyang kaki di dalam Shaklee.
Untuk berjaya, anda perlu berusaha. Berita baiknya, kami bersedia untuk 
membantu anda jika anda adalah ahli kumpulan kami.

6. Saya tak biasa buat bisnes, adakah saya akan dibimbing jika saya menyertai
group ini?
Sebenarnya, sudah ramai dikalangan mereka yang berjaya dalam Shaklee
sebelum ini juga tidak pernah buat bisnes. Jika menyertai Shaklee, anda akan
dibimbing dengan pelbagai teknik pemasaran yang terkini. Bimbingan akan diberi 
from Zero to Hero dan secara online sahaja, tidak perlu keluar menghadiri mana-mana 
kelas!

7. Saya tertarik dengan teknik pemasaran ‘Jemput-Jemput’ dan ‘Panggil-
Panggil’, boleh cerita sedikit mengenai teknik ini?
Secara ringkasnya, teknik ini adalah teknik terkini yang digunakan oleh
mereka yang berjaya dalam perniagaan. Apabila menggunakan teknik ini
dalam perniagaan, anda tidak lagi perlu mencari pelanggan. Sebaliknya,
pelanggan yang akan datang mencari anda.
Anda tidak perlu mencari orang lain untuk masuk di bawah anda, tetapi
mereka akan datang kepada anda kerana mereka minat dengan kemampuan
anda.

8. Kebiasaannya, berapa lama untuk seseorang itu memperoleh bonus 4-5
angka dalam bisnes Shaklee?
Soalan ini agak subjektif. Ada orang yang memperoleh 4 angka pada bulan
pertama. Tetapi kebiasaannya, ramai orang akan mula memperoleh bonus 4
angka pada bulan ke 3-4 dalam Shaklee. Ini bagi kes yang perlahan.
Anda boleh merasa bonus 5 angka selepas tempoh 1 tahun sekiranya anda
menjalankan perniagaan Shaklee ini dengan menggunakan strategi betul.

9. Sesetengah bisnes memerlukan modal beribu-ribu ringgit untuk
memulakannya, berapa modal saya perlu keluarkan jika saya mahu
menyertai bisnes Shaklee?
Anda boleh mendaftar untuk menjadi Shaklee Independent Distributor
dengan bayaran RM65 dan anda akan memperoleh Starter Kit yang
mengandungi senarai produk Shaklee.
Atau anda juga boleh mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma.
Boleh klik di sini untuk mengetahui caranya.

10. Adakah saya perlu berhenti kerja jika saya mahu berjaya dalam Bisnes
Shaklee ini?
Tidak. Anda tidak perlu berhenti kerja. Bahkan, ramai yang sudah berjaya dan
memperoleh pendapatan 5 angka sebulan dengan Shaklee tetapi masih
bekerja. Mereka bekerja kerana mereka memilih untuk bekerja. Bukan
kerana mereka terpaksa berkerja.
Jadi, sama ada anda mahu berhenti kerja atau tidak. Ia adalah pilihan. Bukan
satu kewajipan.

11. Jika saya ingin mendaftar atau mendapatkan produk Shaklee seperti SET
KEHAMILAN, SET BERSALIN & BERPANTANG, SET PENYUSUAN, SET
KECANTIKAN, SET PELANGSINGAN, SET KESUBURAN, SET KANAK-KANAK,
SET KELUARGA SIHAT dan SET SENDI siapa yang perlu saya hubungi?

Nama: Norlina Abu BakarID Shaklee: 1034031Facebook: www.facebook.com/lina-darwisyEmail: norlinaab79@gmail.comPhone: 013-3993960Blog: http://mamairfanauni.blogspot.comPage: www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

Anda Boleh ADD PENGEDAR INI Sebagai Friend Di
Facebook

12. Apa bukti sudah ramai yang berjaya dengan bisnes Shaklee?
Anda boleh periksa di internet, sudah ramai yang berjaya dalam bisnes
Shaklee. Jumlahnya bukan sedikit, terlalu ramai. Mereka semua menjalankan
perniagaan secara online sahaja. Dan ramai yang terpaksa berhenti kerja
kerana memperoleh pendapatan yang stabil bersama Shaklee. Sila Google :
“Kisah Kejayaan Di Dalam Shaklee”. Anda boleh baca sendiri di sana.
Terdapat puluhan blog yang menceritakannya.
Jika mereka boleh berjaya, berikan 1000 alasan mengapa tidak anda pula
yang berjaya.





Sunday, 6 July 2014

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?


1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin c adalah mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

MANFAAT VITAMIN C

Imuniti
- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan
- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension
- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit
- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

Vitamin C Shaklee


Sekiranya anda berminat, jangan tangguh lagi. Dapatkan Vitamin C Shaklee ini sekarang juga.

Bagaimana nak order?
--> PM/whatsapp 0133993960 (Lina)

Jika mahukan urusan pembelian yang lebih mudah dan cepat, anda boleh beli sendiri Vitamin C ini. Caranya mudah sangat, hanya klik link di bawah:



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).


Saturday, 5 July 2014

VIVIX SHAKLEE - ANTI PENUAAN TERBAIK DUNIA

"Vivix merupakan satu PENEMUAN REVOLUSIONARI dalam anti-penuaan pada tahap sellular."


Pada tahun 2008, Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplement revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual pada masa itu.

Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-bertahun oleh Shaklee, syarikat NO. 1 supplement makanan di Amerika Syarikat. Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.


Empat Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


  1. Kerosakan DNA - Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA. 
  2. Pengawalan Genetik - Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  3. Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel - Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkanbiogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.
  4. Penimbunan Protin AGE - Penimbunan berlebihan protin AGE (Advance Glycation End Products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dalam anggur "muscadine") untuk melambatkan pembentukan protin AGE. 


Selain dapat melawan penuaan pada tahap sellular, Vivix juga dapat membantu menjaga/memelihara:

  • kesihatan jantung
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihatan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • kesihatan menyeluruh dan kesejahteraan 

***********************************************

PENGUMUMAN PENTING:
Jika beli 2 botol Vivix, anda akan dapat FREE MEMBERSHIP (KEAHLIAN PERCUMA DALAM SHAKLEE). Anda juga akan dapat REBATE sebanyak RM300.00. Jangan lepaskan peluang. Bertindak sekarang!

Untuk beli sendiri Vivix ini, boleh klik link di bawah:

Saya Mahu Beli Vivix!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).




APA ISTIMEWANYA ESP SHAKLEE

Salam semua,
Rata-rata ramai yang dah tahu ESP Shaklee ni merupakan produk Shaklee yang paling HOT dan TERLARIS di pasaran. Nak tau sebab apa jom kita lihat apa istimewanya sangat ESP Shaklee ni.

Ada apa yang istimewa dengan ESP Shaklee sehinggakan semua para pelanggan sangat mendambakannya?
Jika anda adalah salah seseorang yang amat mementingkan KECANTIKAN, KESIHATAN dan ingin KEKAL BERTENAGA sepanjang hari, ESP Shaklee adalah jawapan yang anda cari-cari selama ini.Ini kerana ESP SHAKLEE ADALAH HOT SELLING / BEST SELLER/ POPULAR PRODUCT/ HIGH ON DEMAND dalam banyak-banyak produk Shaklee!

1. Apa itu Energizing Soy Protein atau  ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk.
ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

2. Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk:
ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan:
Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan
rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak:
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping
digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu
yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis:
Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan
mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka:
Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
WOW…!!!
DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata, anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. Insha-Allah!
3. Cara bancuhan ESP
     
  1.  ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + Meal Shake + Aiskrim
  13. ESP+koko+minyak zaitun+oat+madu+susu (semua ni bancuh n blend)..Its good for brain + energy + healthy diet.. 
Resepi ini telah dikongsikan oleh Prof Dr. Muhaya  
Boleh ditambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda... ;)
Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah,
organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit
muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam
isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan
paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia
mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser
daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum
radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga
rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan,
sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan
otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun,
dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang
berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan
rambut, pigmentasi, freckles.
Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan
sebagainya.

Kredit: Nik Azimah Awang Hamat

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

* Sekiranya berminat untuk mencuba produk ini, kini anda boleh membeli sendiri ESP ini secara online. Mudah saja caranya, hanya klik link "Saya Mahu Beli ESP!" di bawah:

"Saya Mahu Beli ESP!"