Monday 11 August 2014

Terpaksa Berhenti Merokok dengan Vivix Shaklee

Salam sayang...

Sedar tak sedar, sudah hampir dua minggu kita menyambut Aidilfitri kan. Di dalam bulan Ramadhan yang lepas, sudah pasti semua perokok terpaksa menghentikan aktiviti merokok buat sementara waktu sebab berpuasa. Adakah aktiviti merokok ini dihentikan terus setelah masuk bulan Syawal ni ataupun bersambung dan kembali seperti biasa? Syabas kepada anda yang telah berjaya menghentikan terus amalan merokok ini. Bagi yang masih gagal, cuba renung-renungkan apakah faedah yang diperolehi dari merokok ini kepada diri sendiri dan juga kepada orang sekeliling anda? Tak ada satu pun faedah rasanya kan. Masih belum terlambat sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok asalkan ada niat yang murni dan usaha berterusan yang tidak kenal jemu.


Berhenti merokok sekarang!

Saya tahu anda sudah 'terperangkap'. Di sudut hati anda, anda mahu berhenti tapi anda tak mampu nak melakukannya. Terdapat banyak sangat halangan, antaranya godaan dan pujukan dari rakan-rakan yang juga seorang perokok memang sangat sukar ditepis. Ditambah lagi dengan perasaan takut kalau-kalau akan dipulaukan oleh rakan-rakan bila dah berhenti merokok, sebab itulah ramai yang kecundang dan akhirnya kembali kepada aktiviti merokok ini semula.


Katakan "tak nak" kepada rokok.

Nasihat saya kepada perokok-perokok terutamanya perokok tegar, teruslah berusaha untuk berhenti merokok. Kuatkanlah semangat dan mental anda, fikirkan orang-orang tersayang di sekeliling anda. Hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab anda apabila membiarkan  orang lain menyedut asap yang penuh dengan toksin dari rokok yang anda hisap. Merokok ini hanya memudaratkan kesihatan (seperti sakit jantung,paru-paru, kanser dsbgnya). Setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok. Oleh itu berhentilah merokok sebelum rokok mematikan anda dan keluarga anda.

Janganlah tunggu sampai jadi macam gambar di bawah, baru nak berhenti rokok, dah tak guna kan.


Say NO to rokok! Jangan tunggu sampai macam ni baru nak berhenti.


Haa...takut kan tengok gambar kat atas. Jadi, cepat-cepatlah berhenti rokok wahai kaum adam dan pertahankan/pelihara 'kelelakian' anda...;)


Bagaimana Mahu Berhenti Merokok?

Sebenarnya ada pelbagai kaedah yang digunakan untuk berhenti merokok. Antaranya ialah dengan menggunakan alat bantuan berhenti merokok. Terdapat banyak produk di pasaran, contohnya tablet nikotin, patches dan gula-gula getah yang mana semuanya bertujuan untuk memenuhi keperluan nikotin yang menggila apabila mereka tidak hisap rokok. Semua produk ini berfungsi sebagai pengganti nikotin sahaja sebenarnya.

Buat Anda Yang Berhasrat Berhenti Merokok

Buat anda yang berhasrat untuk berhenti merokok, saya cadangkan anda tonton video di bawah ini. Ada perkongsian daripada seorang sahabat yang berjaya berhenti merokok akibat 'terpaksa' berhenti. Ia bagus untuk anda.

Klik di sini untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=63y35enT9XI



(Kredit kepada tuan punya video ini)

Melalui video ini kita dapat lihat satu perkongsian yang jujur bagaimana sahabat ini berjaya berhenti merokok. Mungkin ini jawapan dan penyelesaian yang anda cari selama ini. Mungkin anda boleh hadiahkan VIVIX kepada diri sendiri ataupun suami/isteri dan siapa saja orang terdekat anda yang merokok. Jika anda benar-benar merasakan inilah masa yang terbaik untuk anda atau mereka berubah.

Why not. Lets try VIVIX.
It's safe, it's work and it's natural!

Dah ramai yang terpaksa berhenti merokok selepas mencuba VIVIX. Bagi saya ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mungkin ini jalan keluar untuk sesiapa pun 'berhenti merokok'.


Berhajat Untuk Mencuba VIVIX




Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, atau menghadiahkan VIVIX buat insan yang tersayang, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya di talian seperti di bawah..

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang merokok. Saya doakan impian mereka yang berhasrat berhenti merokok akan tercapai...insyaAllah.

Sekian, wassalam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).