Bestnya jadi WAHM :) |
Apa khabar ibu-ibu semua? Diharapkan semuanya sihat belaka dan berbahagia di samping keluarga tercinta.. :)
Saya pasti ada di kalangan ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak kecil yang memasang impian untuk menjadi seorang WAHM (Work At Home Mom) ataupun dalam bahasa Melayunya seorang surirumah yang berpendapatan.
Impian ini mungkin tidak pernah terfikir semasa kita melanjutkan pelajaran dulu tak kira di peringkat sijil, diploma ataupun ijazah dan seterusnya. Pada waktu itu apa yang kita fikirkan hanyalah untuk habiskan study sehinggalah grad dan mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan kita. Betul tak?
Namun apabila kita sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, pasti impian untuk jadi WAHM ini akan datang terutamanya apabila kita dilanda dengan pelbagai masalah dan kesukaran. Antaranya adalah kesukaran untuk mencari nursery atau pengasuh yang sesuai untuk anak kita terutama yang masih kecil. Sudahlah kita dikejutkan dengan banyak kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak di taska atau nursery, maka bertambahlah kerisauan kita apabila meninggalkan anak-anak di tempat jagaan tersebut, sudah pasti tumpuan di tempat kerja juga terganggu apabila kita asyik teringatkan anak-anak yang ditinggalkan, terutamanya yang masih bayi lagi. Apabila menghadapi situasi seperti ini pasti kita terfikir untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah. Bukan saja anak-anak terjaga, rumahtangga juga terpelihara di samping dapat menyediakan sendiri makanan untuk suami dan anak-anak yang sudah semestinya lebih bersih dan sihat dari makanan di luar kan.
Impian ini mungkin tidak pernah terfikir semasa kita melanjutkan pelajaran dulu tak kira di peringkat sijil, diploma ataupun ijazah dan seterusnya. Pada waktu itu apa yang kita fikirkan hanyalah untuk habiskan study sehinggalah grad dan mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan kita. Betul tak?
Namun apabila kita sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, pasti impian untuk jadi WAHM ini akan datang terutamanya apabila kita dilanda dengan pelbagai masalah dan kesukaran. Antaranya adalah kesukaran untuk mencari nursery atau pengasuh yang sesuai untuk anak kita terutama yang masih kecil. Sudahlah kita dikejutkan dengan banyak kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak di taska atau nursery, maka bertambahlah kerisauan kita apabila meninggalkan anak-anak di tempat jagaan tersebut, sudah pasti tumpuan di tempat kerja juga terganggu apabila kita asyik teringatkan anak-anak yang ditinggalkan, terutamanya yang masih bayi lagi. Apabila menghadapi situasi seperti ini pasti kita terfikir untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah. Bukan saja anak-anak terjaga, rumahtangga juga terpelihara di samping dapat menyediakan sendiri makanan untuk suami dan anak-anak yang sudah semestinya lebih bersih dan sihat dari makanan di luar kan.
Sungguhpun begitu, sebelum mengambil keputusan untuk menjadi surirumah ibu-ibu sudah semestinya perlu mamastikan mereka mempunyai pendapatan atau side income yang kukuh supaya dapat menampung segala perbelanjaan bulanan termasuk hutang-piutang yang mesti dilangsaikan walaupun sudah tidak bekerja makan gaji. Haa dari sinilah timbulnya istilah WAHM ini ataupun dipanggil surirumah yang berpendapatan. Apabila kita sudah ada side income yang kukuh sudah pasti lah sang suami pun memberi keizinan dan sokongan seratus peratus bila kita menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja betul tak. Bayangkan kalau kita tiada income sendiri sudah pastilah cik suami pun akan pening kepala memikirkan semua perbelanjaan yang terpaksa ditanggung seorang diri termasuklah hutang persendirian kita...oh tidakk!! Boleh botak kepala cik suami tu...kesiann..
Bagi ibu-ibu yang pertama kali mendengar istilah ni pasti tertanya-tanya apa yang seronoknya bila menjadi seorang WAHM ni kan.
Antara keseronokan yang kita akan dapat bila bergelar WAHM ni adalah:
(1) Bekerja di rumah sendiri tanpa perlu keluar ke tempat kerja dan mengharungi kesesakan trafik yang teruk setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja.
(2) Membesarkan anak-anak depan mata sendiri. Tidak perlu lagi risau dengan keadaan anak-anak yang ditinggalkan di pusat jagaan dan tidak perlu lagi mengambil cuti kecemasan setiap kali anak-anak jatuh sakit ataupun apabila pengasuh jatuh sakit sebab memang pernah berlaku pada saya sendiri.
(3) Masa kerja yang fleksibel, kita sendiri yang tentukan. Tidak ada lagi yang bising ataupun dikenakan tindakan disiplin apabila kita masuk kerja lewat.
(4) Tidak perlu lagi mendengar arahan dari pihak atasan dan kelam kabut menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang dikehendaki sehingga kadang-kadang terpaksa kerja lebih masa. Bila jadi WAHM kitalah bos kitalah juga kuli...kan best.
(5) Dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Cuba lihat berapa jam saja yang dapat kita luangkan masa untuk bersama anak-anak kalau kita bekerja, kadang-kadang bila balik keja lewat anak-anak pun dah tidur kan.
(6) Boleh pergi bercuti pada bila-bila masa ataupun pulang ke kampung melawat mak dan ayah tanpa perlu mengambil cuti tahun atau tunggu cuti umum di mana pada waktu itu satu Malaysia juga pergi bercuti dan jalanraya sudah semestinya sesak.
(7) Boleh keluar shopping di waktu semua orang pergi bekerja. Sudah pasti waktu tu semua shopping complex pun lengang kan tak perlu lagi bersesak-sesak dan beratur panjang di cashier.
Walaupun orang nampak kita sama sahaja seperti surirumah yang lain, setiap hari sibuk menguruskan rumahtangga serta makan pakai suami dan anak-anak, namun hakikat di sebaliknya kita juga mempunyai pendapatan atau income setiap bulan sama seperti mereka yang bekerja di luar. Walaupun kita tidak keluar bekerja tetapi kita masih ada income untuk kegunaan diri sendiri dan membantu meringankan beban suami. Malahan, pendapatan bulanan seorang WAHM boleh mencapai sehingga 10 kali ganda dari pendapatan pekerja yang makan gaji. Haa inilah part yang paling seronoknya kan. Cuba tengok balik berapa peratus saja kenaikan gaji yang kita dapat setiap tahun jika kita makan gaji, paling tinggi mungkin 10% kot. Itulah bezanya bila jadi WAHM, pendapatan bulanan kita tidak terbatas, boleh meningkat ke 100% jika kita betul-betul komited dan rajin berusaha. Jangan terkejut, memang sudah ada WAHM yang berjaya memperoleh pendapatan bulanan sehingga 6 angka sebulan, lagi 1 angka untuk jadi jutawan!!
Saya juga mempunyai impian untuk menjadi seorang WAHM satu hari nanti...insyaAllah..
Namun di sebalik keseronokan ini, kita harus sedar bahawa setiap kejayaan pasti tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang kuat, gigih dan berterusan. Sudah pasti ada pelbagai halangan dan rintangan yang mesti kita tempuhi sebelum mencapai kejayaan tersebut. Kalaulah senang saja nak dapat income sebanyak tu sudah tentu lah ramai yang dah jadi jutawan kat Malaysia ni kan. Apa yang penting adalah push factor kita untuk mencapai impian tersebut. Apabila ada matlamat yang jelas, sudah pasti ianya akan mendorong kita berusaha mengatasi apa jua halangan dan rintangan yang dating.
Jika ibu-ibu yang memang mempunyai impian untuk menjadi WAHM ni tetapi masih tercari-cari apakah bisnes yang boleh dijadikan side income, saya sangat mengalu-alukan ibu-ibu untuk menyertai group bisnes Shaklee kami. Nak tahu macam mana caranya nak join, boleh klik di sini daftar ahli Shaklee. Support group kami diterajui oleh seorang Master Coordinators (pangkat tertinggi dalam Shaklee) yang juga merupakan seorang WAHM yang berpendatan 100% lebih tinggi dari gaji hakikinya sebelum ini. Malah ramai lagi Master Coordinators yang berjaya dilahirkan dalam group ini merupakan WAHM! Adalah sangat penting untuk memilih support group yang betul supaya kita tidak dibiarkan terkapai-kapai di tengah lautan yang luas tanpa pelampung...pasti tak nak kan..
Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak. Mari mendaftar di bawah saya dan kita sama-sama bernaung di bawah satu bumbung besar yakni Empayar WAHMillionaire, sebuah support group di mana segala bimbingan dan tunjuk-ajar mengenai selok-belok bisnes, from 'ZERO to HERO' akan diberikan oleh leader-leader tanpa meninggalkan seorang pun ahli dalam empayar ini. Bukan sahaja ilmu duniawi diterapkan malah ilmu ukhrawi juga ditekankan dalam group ini. Apa yang penting untuk berjaya adalah tekad dan semangat yang kuat untuk melangkah menuju impian kita dan keluar dari kepompong yang sudah tidak selesa sekarang ini.
Selamat berjaya ibu-ibu semua. Semoga kita semua berjaya mencapai impian murni untuk menjadi seorang WAHM yang kaya di dunia dan juga akhirat....Ameennn.
**Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi saya di talian 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat) atau email ke norlina_ab@yahoo.com.my.**
Wassalam.
Lina
No comments:
Post a Comment