Pages

Sunday 20 April 2014

MASTER COORDINATORS CELEBRATION - MASTER HANUM

 

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam telah berlangsungnya MASCEL (Master Coordinator Celebration) untuk Master Hanum, iaitu nanny saya dalam bisnes Shaklee ni. Beliau merupakan idola saya, semoga satu hari nanti saya juga akan berjaya mencapai impian untuk menjadi sepertinya...Aminnn.. MASCEL Master Hanum telah diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali dan gilang-gemilang seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakan saya yang telah hadir ke acara tersebut. Saya malangnya tidak dapat menghadirkan diri di sana kerana suami bekerja outstation..sedih sangat..huk..huk.. Kalaulah hotel tu dekat ja dengan rumah saya mesti dah drive pegi sendiri tapi apakan daya tempatnya nun jauh di sana di selatan tanah air sedangkan saya menetap di sebelah utara, sabar jelah... 


Dalam dewan: Red carpet tu ala2 Anugerah OSCAR pulak..;)
(Gambar kredit to Nur Azura aka Aju Atelier)

Tudia nanny macam pengantin je, cantik sangat hasil penangan Shaklee la tu..hehe..
(Gambar kredit to Nur Azura aka Aju Atelier)

Untuk pengetahuan korang, MASCEL ni merupakan majlis sambutan yang dianjurkan oleh Shaklee untuk meraikan distributor yang berjaya mencapai rank Master Coordinator iaitu rank tertinggi dalam Shaklee. Kiranya majlis ni seolah-olah Graduation Day di mana seorang siswazah berjaya menerima segulung ijazahnya setelah bersusah-payah menempuh dugaan sepanjang tempoh studynya...macam tulah diibaratkan. Kalau korang nak tahu Shaklee memperuntukkan 50k tau untuk setiap MASCEL yang diadakan di hotel-hotel bertaraf 5 bintang tanah air manakala tempat, tarikh dan masa ditentukan sendiri oleh Master Coordinators berkenaan. Seronok kan kalau dapat penghargaan yang sebesar ini. Acara sambutannya pula ala-ala Majlis Kahwin gitu, Master Coordinators diraikan macam pengantin siap ada acara potong kek lagi, tetamu yang hadir pula bebas untuk bawa ahli keluarga atau sesiapa saja, semua yang datang dapat makan FREE tak perlu bayar sesen pun...wah bestnyerr.. Setiap Master Coordinators yang diraikan akan diberi peluang untuk berucap di depan dan berkongsi pengalaman susah-senangnya sepanjang perjalanan dalam bisnes Shaklee sehingga berjaya mencapai tahap tertinggi dalam Shaklee.

Berbalik pula kepada kisah Master Hanum iaitu nannyku yang tercinta. Sekarang beliau merupakan seorang WAHM (Working At Home Mother) yang menjalankan bisnes Shaklee hanya di rumah saja sambil mengerjakan urusan rumahtangga setiap hari. Semasa mula-mula join Shaklee dulu beliau masih lagi bekerja tetap di salah sebuah syarikat yang agak besar juga di Malaysia. Walaupun mempunyai pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan namun beliau merasakan ada satu kekurangan di situ, iaitu masa yang dapat diluangkan bersama anak-anak sangatlah terhad, hanya dapat bersama beberapa jam saja pada waktu malam, esoknya pagi-pagi lagi dah kena hantar semula mereka ke nursery. Disebabkan itu beliau memasang impian untuk menjadi seorang WAHM dan menjadikan impian tersebut sebagai push factor untuk beliau menempuh segala susah payah dalam bisnes Shaklee sehinggalah beliau berjaya berada di tahap yang tertinggi seperti  sekarang, kerana bagi beliau anak-anak bukanlah satu pilihan buat kita tetapi anugerah Allah yang wajib dipelihara sebaik mungkin. Sebagai seorang WAHM sekarang, beliau dapat melihat anak-anak membesar depan mata sendiri kerana beliau sendiri yang menguruskan hal ehwal mereka dan rumahtangga tanpa bantuan pembantu rumah, serta dapat menyediakan sendiri makanan untuk suami dan anak-anak...oh alangkah indahnya pengalaman ini kan. Inilah juga impian saya satu hari nanti dan saya yakin ramai ibu-ibu bekerja di luar sana yang mempunyai impian yang sama kan.

Sekiranya ada di kalangan ibu-ibu bekerjaya yang mempunyai niat untuk menjadi WAHM seperti saya, jom kita bersama-sama menjalankan bisnes Shaklee ini. Daftarlah sebagai ahli sekarang dan menjadi SID (Shaklee Independent Distributor) yang mempunyai peluang cerah untuk mencapai impian murni tersebut. Buktinya sudah ada depan mata, iaitu Master Hanum sendiri yang sekarang telah berjaya menjadi seorangWAHM di samping membantu meringankan beban suami dalam perbelanjaan rumahtangga. Kalau nak tahu income untuk seorang Master Coordinators Shaklee adalah 5 angka sebulan...ya puluh-puluh ribu ringgit sebulan ok!! Tak nak ke?? Namun kemewahan yang diperolehi bukanlah untuk dihabiskan di dunia sahaja kerana ianya bersifat sementara, tetapi sebenarnya ia hendaklah digunakan sebagai saham di akhirat yang bersifat kekal selamanya dengan cara banyakkan sedekah dan melakukan amal jariah membantu mereka yang memerlukan. Konsep inilah yang ditekankan dalam group kami. Marilah mendaftar ahli bawah saya saya dan ibu-ibu akan dimasukkan di dalam support group yang diterajui oleh Master Hanum sendiri. Segala panduan memulakan bisnes dan tips-tips untuk berjaya telah dikongsikan oleh beliau dalam group ini. Kami juga ada kelas yang dijalankan secara online setiap hari di mana pelbagai ilmu yang diajarkan oleh Master Hanum di situ. Tak perlu risau semuanya dijalankan secara online tidak perlu hadir perjumpaan atau kelas, semuanya di hujung jari anda! Pendek kata semuanya dah disediakan depan mata cuma tunggu kita saja nak atau tak nak rebut peluang tersebut kan.

Contoh topic yang diajarkan dalam kelas secara online-boleh santai2 lepak ngan anak2 sambil dengar cikgu mengajar :)

 



********************************************************
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui:

PM ke http://www.facebook.com/messages/Fabulous-Mom-Nutristore
Sms/Whatsapp/Wechat: 013-3993960
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
*********************************************************

 

No comments:

Post a Comment