Pages

Sunday 6 April 2014

SET BERSALIN


PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN

 
Assalamualaikum w.b.t.

Saya pasti ramai ibu-ibu hamil di luar sana tengah sibuk mencari-cari atau survey2 set bersalin sekarang ni kan. Tambah-tambah bila tengok kalendar nampaklah due date dah semakin hampir, apa lagi kelam-kabut la jadinya nak buat semua persiapan terutamanya bagi yang first time nak jadi ibu tu kan...huhuhu..
 
Pada pandangan saya ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih set bersalin yang memenuhi kehendak kita. Di sini saya kongsikan beberapa panduan untuk memilih set bersalin seperti yang telah saya praktikkan sendiri semasa hamil anak kedua. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Buatlah pilihan bijak!!
 

Panduan Memilih Set Bersalin:

  1. Survey yang menyeluruh - Pastikan ibu-ibu telah membuat survey yang menyeluruh terhadap semua set bersalin yang terdapat di pasaran. Antara perkara yang mesti disurvey termasuklah harganya, jenisnya (sama ada jamu, supplemen atau homopathy), fungsinya, cara makan dan juga kesannya atau feedback dari pengguna set bersalin itu sendiri...jika yang ada testimonial lagi bagus la kan.
  2. Bandingkan ikut bajet kita - Setelah membuat survey terhadap semua set bersalin tadi, bolehlah kita bandingkan harga bagi setiap satu set bersalin tadi dengan bajet atau kemampuan wang yang kita ada. Dengan demikian dapatlah kita pastikan supaya perbelanjaan kita nanti tak terover limit kan...hehe. Selain set bersalin kan banyak lagi persiapan yang perlu dibeli contohnya pakaian dan keperluan baby...jadi perancangan kewangan tu sangat penting ye ibu-ibu.. 
  3. Pastikan apakah keinginan dan matlamat kita - Perkara ini juga penting. Dengan memastikan apakah keinginan dan matlamat yang mahu kita capai dari set bersalin tersebut, barulah kita boleh membuat pilihan yang terbaik. Misalnya jika kita inginkan badan yang bertenaga semasa berpantang, carilah set bersalin yang boleh memberi tenaga pada ibu. Jika kita berhasrat menyusu badan, carilah set bersalin yang boleh membanyakkan susu badan. Pendek kata carilah set bersalin yang boleh memenuhi semua impian kita, terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai pengalaman perit semasa berpantang anak yang sebelum ini pasti tidak mahu melaluinya sekali lagi kan. Antara contoh pengalaman perit selepas bersalin adalah luka jahit lambat baik, sembelit, rambut gugur, badan lemah-lemah, susu badan tak keluar, emosi terganggu dsbgnya. Jadi buatlah pilihan yang bijak wahai ibu-ibu.  
  4. Pastikan kesan baik terhadap kedua-dua ibu dan anak - Perkara ini sangat penting kepada ibu-ibu yang berhasrat menyusukan bayi mereka kerana apa yang ibu makan itulah juga yang bayinya makan. Oleh itu, sebelum memilih set bersalin kita mesti memastikan ianya memberi kesan baik terhadap ibu dan anak, bukan hanya kepada salah seorang saja. Misalnya ubat bersalin tersebut mungkin memberi kesan baik kepada ibu tetapi ianya memberi kesan buruk pula kepada baby seperti cirit-birit, muntah dsbgnya, maka kejadian seperti inilah yang  mahu dielakkan. 
 
Rasanya itulah saja panduan yang dapat saya kongsikan di sini. Kalau masih ada saya akan masukkan kemudian ya. Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal menempuhi saat kelahiran bolehlah bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman dah lebih arif seperti ibu kita sendiri, kakak, kakak ipar, ibu saudara dan kawan-kawan. Semua panduan di atas telah saya praktikkan sendiri dan Alhamdulillah saya telah berjaya menemui Set Bersalin yang memenuhi semua impian saya :) Apakah ia?? Tunggu...akan saya kongsikan di entry yang seterusnya ya.
 
Wassalam...
 
========================================================================
Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013 3993960 atau email ke norlina_ab@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.
 
 
 

No comments:

Post a Comment