Saturday, 31 May 2014

PENDARAHAN SEBELUM BERSALIN

Pendarahan Sebelum Bersalin

Oleh: HASNITA PAMA
Tarikh: 30 Mei 2014
 
 
 
Soalan:
Pada kedua-dua kehamilan, saya mengalami keluar tanda iaitu keluar darah bercampur lendir. Untuk anak pertama, saya bersalin dua hari selepas keluar tanda dan anak kedua, sehari selepas keluar tanda. Soalan saya, apakah hukum darah yang keluar dan adakah saya perlu solat seperti biasa kerana saya masih mampu menunaikan solat ketika kontraksi tidak terlalu kerap.
Jawapan:
Para ilmuan Islam sejak awal berbeza pendapat tentang pendarahan yang berlaku beberapa hari sebelum bersalin. Ini berlaku kerana tidak ada dalil yang jelas dari al-Qur'an mahupun al-Sunnah berkenaan persoalan ini. Pendapat-pendapat mereka dapat diringkaskan sebagai berikut:
*             Ia adalah darah haid. Lazimnya wanita yang hamil tidak mengalami haid. Namun dalam kes-kes terpencil, haid boleh berlaku dan ia dikenali melalui warna, kelikatan dan bau darah yang keluar.
*             Ia adalah darah penyakit (istihadhah). Darah wanita hanya tiga, iaitu haid, nifas dan istihadhah. Memandangkan darah haid tidak keluar semasa hamil dan darah nifas hanya keluar selepas bersalin, maka pendarahan yang berlaku ketika hamil hanya darah istihadhah.
*             Ia adalah darah nifas. Darah nifas dikaitkan dengan proses bersalin dan ia boleh bermula beberapa hari sebelum bersalin, khasnya apabila sudah dirasakan tolakan dan kontraksi.
Agak sukar untuk dikatakan di antara tiga pendapat di atas, manakah yang paling tepat. Boleh diambil jalan pertengahan dengan menghimpun kesemua pendapat di atas sebagai berikut:
*             Jika pendarahan memiliki ciri-ciri haid yang pasti, maka ia adalah darah haid. Jika tiada ciri-ciri yang pasti, maka ia salah satu dari dua kemungkinan di bawah.
*             Jika pendarahan berlaku jauh sebelum tarikh jangkaan bersalin dan tidak diikuti dengan tolakan atau kontraksi, maka ia adalah darah istihadhah.
*             Jika pendarahan berlaku pada hari-hari terakhir sebelum bersalin dan diikuti dengan tolakan atau kontraksi, maka ia adalah darah nifas.
Merujuk kepada kes di atas, pendarahan berlaku ketika kontraksi sudah dirasai sekalipun tidak kerap. Maka ia adalah darah nifas, justeru tidak perlu melaksanakan solat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

 

Sunday, 25 May 2014

SET BERSALIN ULTRAPOWERRR!!

Salam sayang semua,

Haa tudia tengok tajuk tu macam teroverr la pulak..hehehe.. Sebab apa "Ultrapowerrr"? Sebabnya dia ada banyak superpower ala2 superhero Ultraman giteww hahaha...(superhero favourite anak saya la ni :) )

Kalau tak percaya cubalah tengok semua testimonial kat bawah ni. Semuanya memang terbaeekk dan superbb!!


TESTIMONI SET BERSALIN 1
 
TESTIMONI SET BERSALIN 2
 
 
TESTIMONI SET BERSALIN 3
 
TESTIMONI SET BERSALIN 4
 
 
SET BERSALIN 5
 

Haaa...memang powerrr kan Set Bersalin Shaklee ni... Nak tahu apa kandungan dalam set bersalin ni...jom tengok gambar di bawah..

 


Set Bersalin Shaklee ni mengandungi semua supplement (makanan tambahan) yang diperlukan oleh ibu-ibu yang baru melahirkan...memang lengkap satu pakej ni...tak perlu lagi nak makan ubat atau jamu. Set ni bukan saja boleh memberi tenaga kepada ibu-ibu (tak rasa macam dalam pantang) malah dapat menyembuhkan luka bersalin dengan cepat (sama ada normal atau operate), mengatasi masalah sembelit, mengurangkan keguguran rambut, menggalakkan pengeluaran susu badan dan paling best boleh mengslimkan badan...yeyea syoknyaa..hehe..
 
Nak tahu apa fungsi dan khasiat setiap vitamin dalam Set Bersalin Shalee, boleh klik link di bawah ye.. 
 

Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan baby tak lama lagi tu...tak usah pening kepala nak cari ubat bersalin lagi, Set Bersalin Shaklee adalah yang terbaik. Buatlah pilihan bijak sekarang! 
 
"Hanya jauhari mengenal manikam."
 
Wasalam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

Monday, 19 May 2014

JERAWAT BATU HILANG DENGAN ESP DAN VIT C


Salam semua,

Memandangkan banyak jemputan perkahwinan yang diterima menjelang cuti sekolah yang akan tiba tidak lama lagi, saya terpanggil pula untuk buat entry pasal jerawat ni almaklumlah ramai yang akan bergelar raja sehari nanti kan. Sudah pastilah kita mahukan wajah yang bersih mulus dan bebas dari jerawat di saat meraikan hari bahagia nanti.

"Alamak ada jerawat??!! Oh tidaaaakkk!!!!"

Apa perasaan kita kalau tiba-tiba muncul jerawat ni di saat-saat kita sedang menanti hari bahagia?? Oh tidaaakk...pasti tak rela kan. Kalau jerawat yang muncul tu cuma sebiji saja takpelah lagi masih boleh ditutup dengan concealer, tapi kalau dah tumbuh jerawat batu penuh muka pasti tak senang duduk kan...malulah pulak dekat mak andam. Dibuatnya pulak dapat mak andam yang tak professional...belum sampai tengah hari make-up dah cair...habislah nampak segalanya yang disembunyikan sebalik foundation dan bedak tadi...huhu..tak ke malu dik non..


"Macam mana nak hilang jerawat ni?! Hari bersanding dah nak dekat..tolooong!!"


Kalau muncul jerawat macam ni memang ngeri tengok kan...uisshh seramnyer.. Bagi yang bukan bakal pengantin pun mesti susah hati kalau muka macam ni kan.

Sekarang tak perlu lagi risau dan gundah gulana dik non sebab Shaklee ada penyelesaiannya. Dengan hanya mengamalkan ESP Shaklee dan Vitamin C Shaklee, semua jerawat dan cela di muka tu akan hilang. Jom tengok testimoni di bawah.



Testimoni pengguna Vitamin C dan ESP Shaklee


Nampak tak perbezaan dahulu dan sekarang selepas beliau mengamalkan ESP dan Vitamin C Shaklee. Hanya dalam masa sebulan saja dah nampak hasilnya...jerawat dah hilang kulit pun glowing dan gebus gebas giteww...wahhh bestnyaaa...tak jelesss ke dik non??!





Semua orang pun tahu Vitamin C ni banyak kelebihannya kan tapi yang paling sinonim digunakan adalah untuk kecantikan kulit lah. Pernah kan dengar ramai wanita terutamanya selebriti sanggup berhabis duit buat suntikan Vitamin C ke muka semata-mata untuk cantik. Tapi dengan adanya Vitamin C Shaklee ni tak perlu lagi nak suntik-suntik semua bagai. Vitamin C Shaklee ni adalah sustained release di mana vitamin C dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita. Vitamin C sustained release ni bagus sebab dapat membantu bekalan vitamin C yang berterusan untuk kita memandangkan badan kita susah untuk simpan vitamin C kerana ia sangat cepat musnah. Kalau nak lagi cepat ia bertindak, patahkan dua kapsul vitamin C ni sebelum ditelan dengan air. Sekejap saja akan kecut semua jerawat kat muka. Sehari hanya perlu ambil sebiji saja vitamin C Shaklee ni. Dalam setiap botol ada 180 biji kapsul...so boleh tahan sampai 6 bulan la kan. Wowww...lama tuuu...memang berbaloi sangat-sangat dengan harganya yang hanya RM92.50. Ruginya kalau tak beli sekarang!! 



Manakala ESP (Energizing Soy Protein) pula merupakan makanan tambahan protein yang lengkap untuk keperluan setiap organ badan kita termasuk kulit. Protein berasaskan kacang soya ini sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit di mana ia dapat meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, membaiki masalah pigmentasi  dan mengurangkan kesan parut. Patutlah kulit boleh gebus jer kalau ambil ESP ni setiap hari. Selain diminum, ESP juga boleh dibuat masker dengan cara mencampurnya dengan yogurt ataupun Vitamin C dan Vitamin E. Hasilnya memang kebaboom la setanding masker yang mahal di saloon vvip giteww. Padahal harganya hanya RM150 untuk satu canister dan boleh tahan sampai lebih dari dua bulan...memang berbaloi-baloi dik non..   




Bagaimana nak order?
--> PM/whatsapp 0133993960 (Lina)

Jika mahukan urusan pembelian yang lebih mudah dan cepat, anda boleh beli sendiri Vitamin C dan ESP ini. Caranya mudah sekali, hanya klik link di bawah:

"Saya Mahu Beli Vitamin C Shaklee"

"Saya Mahu Beli ESP"


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

Tuesday, 13 May 2014

MUNTAH DAN CIRIT BIRIT

Salam semua,

Semalam dan hari ni saya ditimpa dengan ujian yang agak berat. Irfan anak sulung saya telah mengalami muntah2 yang teruk semalam. Kejadian bermula shlepas kami pulang dari rumah my in laws hari Ahad lepas. Pada malam tu tiba2 irfan muntah lepas minum susu. Mula ingatkan biasa ja. Tapi kejadian muntah berlarutan sampai tengah malam. Setiap kali minum sssu mesti dia akan muntah bnik. Saat itu maluri keibuan saya mula tersentuh, kesian betul tengok keadaan dia, rasa sedih yang teramat sangat tuhan saja yang tahu. Dalam otak mula duk fikir macam2. Dahlah baru2 ni terbaca banyak kisah anak2 kecil yang meninggaB, saya pun mulalah risau takut kejadian yang sama menimpa kami, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan saya kalau trpaksa lalui peristiwa sebegitu. Ya Allah sampai macam tu saya terfikir. 

Tengah malam tu masa irfan terjaga dan muntah, saya ajak hubby bawak irfan ke klinik 24jam tapi hubby kata tunggu dulu sampai esok pagi. Saya pun iyakan sajalah walaupun dalam hati duk risau yang amat sangat. Memang tak lena la tido malam tu. Bila dah pagi menjelang subuh irfan terjaga lagi dan sekali lagi dia muntah dan nangis. Saya pun apa lagi terus ajak hubby pegi klinik 24jam tu. Lepas siap mandi dan solat subuh kami pun terus bertolak. Bawak sekali la si kecik Auni...nasib dia tak meragam. Sampai kat klinik dalam pukul 7 lebih, penjaga kat kaunter tu bagitau doktor pukul 8 baru ada. Alamak...saya dan suami berpandangan sesama sendiri tak terkata apa. Mungkin dah nampak kami macam dilema baru la pembantu klinik tu tanya sapa yang sakit. Saya pun bagitau la hal sebenar. Pembantu tu cakap takpa dia try bagi ubat tahan muntah yang kena masuk melalui punggung tu..mungkin sebab saya ada bagitau irfan memang susah makan ubat. Maka kami pun dibawa masuk dalam bilik rawatan dan irfan disuruh baring menonggeng atas katil. Irfan dah mula start nangis, pembantu minta hubby pegang irfan sementara dia nak masukkan ubat tadi. Saya pada waktu tu hanya berdiri dekat pintu sambil dukung Auni...memang tak sanggup nak tengok irfan yang sedang meraung tu. Lepas selesai kami pun berangkat pulang. Oh ha pembantu tadi taknak ambil duit rawatan, saya dan hubby pun hairan...adakah prosidur klinik macam tu. Kami hanya mampu berterima kasih saja pada pembantu klinik yang baik hati tu. 

Sampai di rumah irfan terus tido. Saya pun mula buat keja rumah macam biasa, basuh baju dan memasak. Hampir dekat tengah hari irfan bangun minta air kosong dan susu. Lepas minum susu dia muntah lagi. Kali ni hubby pulak nampak risau. Tak boleh jadi ni kena bawak irfan jumpa doktor jugak la baru puas hati. Kami decide nak bawak irfan ke klinik pakar kanak2 yang biasa kami pegi. Tengok jam time tu dah pukul 12.30 tengah hari. Klinik tu tutup untuk rehat dari pukul 1 sampai 2.30ptg, so memang tak sempat la kalau pegi time tu. Hubby cakap lepas zuhur la baru pegi. So saya pun siapkan makan tengah hari dan ajak hubby makan. Masing2 dah tak lalu makan sebenarnya bila tengok keadaan irfan makin lemah. Lepas zuhur kami terus bertolak ke klinik. Masa dalam perjalanan dalam kereta saya tak henti2 menangis...dah tak boleh tahan sebak tengok irfan kat sebelah tersandar ja sambil mata pejam. Sesekali saya pegang dada dia...bila rasa ada denyutan barulah saya rasa lega.

Dipendekkan cerita, selepas selesai berjumpa doktor dan mengambil ubat irfan kami pun terus pulang ke rumah. Doktor suspek irfan terkena keracunan makanan dan melalui pemeriksaan doktor kata usus irfan tersumbat sikit. Doktor kata lepas makan ubat dia akan baik...tak ada serius sangat. Barulah hati saya rasa lega sikit. Bila balik rumah bab yang paling mencabar mestilah masa nak bagi ubat kat irfan. Memang susah la...bila nampak picagari ja terus menggelupur. Hubby terpaksa pegang kuat tangan dia sementara saya press ubat masuk ke mulut dia. Fuh...mencabar sungguh..

Hari ini hubby dah nak kena balik ke tempat operasi di Gunung Jerai. Sampai habis bulan ni baru habis operasi. Sepatutnya dia balik pagi Isnin tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak bawak irfan ke klinik. Kalau ikutkan hari ini cuti memang saya jaga sendiri budak2 ni, tapi hubby suruh saya hantar irfan ke rumah pengasuh sebab susah nanti saya sorang2 nak bagi ubat kat irfan sebab dia tak ada. Pagi tu lepas balik hantar irfan, saya terus tidurkan auni. Bila auni tido baru saya senang nak buat keja rumah. Lepas habis masak saya rasa tak sedap perut pulak. Pastu rasa nak ke toilet...dah saya pulak yang terkena cirit birit. Bukan setakat cirit birit tapi siap dengan muntah lagi lepas tu. Aduh jangkit dari irfan ke? Ataupun sebab makan mangga semalam. Masa makan tu memang dah tak ingat apa la punyalah banyak duk bedal sebab manis sangat mana boleh tahan... Dah dekat 5 ke 6 kali ulang ke toilet, barulah teringat petua arwah nenek, kalau dulu masa kecik terkena cirit birit mesti nenek akan bancuh air tepung gandum. Saya pun apa lagi terus la pegi ke dapur cari tepung gandum dan bancuh dengan air suam. Lepas dua kali minum air tepung gandum barulah saya dah tak rasa nak ke toilet... Memang betul petua orang tua2 ni berkesan sebenarnya...sebab diaorang lebih dulu makan garam dari kita kan.. 

Nampak gayanya inilah hadiah hari ibu yang tak mungkin saya lupakan sampai bila2...;)

Di sini saya share cikit info pasal topik ni dari link berikut; 

http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Cirit-Birit.htm

CIRIT-BIRIT

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini..... 
Gejala-gejala
Komplikasi
Punca-punca cirit-birit
Punca-punca kronik
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Bayi
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan 

Gejala - gejala

v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan 
    abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot. 

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.

Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan 5-10% berat badan.
v Gelisah dan mudah tersinggung.
v Mata terbenam.
v Ketidakhadiran air mata.
v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v Mata adalah terlalu terbenam.
v Ketidakhadiran airmata.
v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil 
     beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
v Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

v Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba. 

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 
v Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v Penyakit-penyakit usus. 
v Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
v Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v Kecacatan penyerapan
v Selepas pembedahan
v Fistula dalaman
v Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v Kanser
v Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
v Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu 
    dan salur gastrousus.
v Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract 
     condition, appendicitis etc.
v Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau 
     pisang yang dimasak.
v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk 
    dihadam.
v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding 
    dengan doktor anda.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 

Bayi

v Teruskan penyusuan bayi.
v Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral 
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
v Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

v Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan 
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
v Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan 
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
v Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia 
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
v Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum 
     menyediakan dan mengendalikan makanan.
v Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
v Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang 
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
v Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

Copyright | Disclaimer

Copyright © 2001, GS Vision Sdn Bhd, Malaysia 
All Rights Reserved

Sesiapa yang ada pengalaman sama macam saya boleh la share sikit kat ruangan komen ni, camana korang hadapi situasi macam ni atau mungkin ada petua lain yang boleh diamalkan...saya sangat2 mengalu-alukan sharing korang. Tqvm.. :-* <3 <3

Friday, 9 May 2014

PETUA PENAMBAH SUSU

Risau sebab susu makin merudum...stok susu pun makin berkurang?? Boleh cuba beberapa amalan di bawah yang dipercayai dapat menambah susu.

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

 

Kacang soya

Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

 

Barli

Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

 

Oat

Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

 

Lobak

Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

 

Betik muda

Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

 

Halba

Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

 

Buah kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

 

Jantung pisang

Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

 

Jintan

Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Sumber: Imah Mingguan Wanita

Selamat mencuba!

Pengambilan supplement juga didapati boleh menambah penghasilan susu. Produk Shaklee yang paling hot digunakan sebagai milkbooster sekarang adalah ESP dan Alfalfa. ESP berupaya memekatkan susu dan memberi kekenyangan yang lama kepada bayi di samping membekalkan protein yg sangat diperlukan dalam tumbesaran si comel anda. Manakala Alfalfa merupakan herba yg mampu menggalakkan penghasilan susu.

Pengambilan ESP dan Alfalfa secara berterusan juga dapat memberi banyak manfaat kepada ibu, kulit makin cantik dan gebu, hubungan dengan suami pun makin intim.. :-) Belum cuba belum tahu, sekali dah cuba terus jatuh cinta.. <3 <3 :-)

Jika berminat, boleh hubungi saya melalui:
H/P: Lina 013-3993960 (sms/whatsapp)
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
fb: lina darwisy
Page: Fabulous Mom Nutristore
Blog: mamairfanauni.blogspot.com

Wednesday, 7 May 2014

MENGENALI PIRAMID MAKANAN


Salam semua,

Hari ini nak share ilmu pasal piramid makanan. Rasanya semua dah pernah dengar kan piramid makanan ni tapi mungkin tak berapa nak ambil pot atau kesah pun. Lantak aku lah nak makan apa pun, tambah-tambah duk kat Malaysia ni yang memang kaya dengan pelbagai makanan kan. Kalau dah semuanya melantak janganlah pulak mengeluh kenapa badan aku ni makin hari makin membesar dah macam tong drum pun ada haah. Yelah dah semuanya bedal ikut sedap mulut je kan...hehe. Sebab tulah pentingnya untuk kita kenal dengan piramid makanan ni supaya jadi panduan dalam pemakanan kita seharian...makanan mana yang patut ambik lebih dan makanan mana yang patut dikurangkan. Bila dah boleh kawal pemakanan kita tu barulah boleh dapat badan yang ideal di samping menghindar dari penyakit-penyakit yang kronik sekarang ni macam kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung...penyakit tiga serangkai tu...takutnya..



Inilah dia Piramid Makanan yang dihasilkan oleh KKM
 

Untuk info kesihatan.... kita akan melihat panduan pemakanan terbaik melalui piramid makanan. Ketahui jenis makanan yang perlu dilebihkan dan dikurangkan. Kita selalu terdengar tentang diet yang seimbang perlu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tetapi, bagaimanakah yang dikatakan sebagai diet seimbang? Piramid makanan dapat memberi panduan tentang diet seimbang ini.

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Dengan Piramid Makanan ini ianya memberi satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.
ini.


Beberapa fakta nutrisi yang perlu kita ketahui:- 

Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda. 
•Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. 
Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya. Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk anak anda, gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggur.
Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu adalah: Zink – terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirin. Kalsium – terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau. Besi – terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup. Anda boleh memberikan anak anda bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada anak anda. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.
Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A – penting untuk kesihatan mata. Terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.

Panduan ini telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan makanan yang terdapat dalam Piramid Makanan.

ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

 
 

Semoga penerangan ini dapat memberi manfaat dan panduan untuk kita semua ye. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan ye...:)

Sekian wassalam..



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore

Sunday, 4 May 2014

VITALEA - IRON FORMULA

Salam sayang  semua.

Selamat berhujung minggu di samping family terrsayang. Tiba-tiba hari ni rasa nak cerita pasal Vita-Lea Shaklee la pulak. Jom kita berkenalan dulu dengan produk yang super power ni. Vita-Lea Iron Formula merupakan multi-vitamin terhebat dan pertama dihasilkan oleh Shaklee malah ianya adalah yang pertama dicipta di dunia. 
  

Multivitamin pertama dicipta pada 1915
Kini dengan formulasi zat besi
 
  
Perbezaan Shaklee:
 
~ Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min", dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

~ Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
 
~ Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


 Manfaat Utama Vita-lea
 
  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang vegetarian dan anaemia. 
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar. 
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod. 
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati. 
 
Sekarang mari kita lihat pula apakah isi kandungan dalam Vita-Lea ni.
 
 

Haaa...banyak kan kandungan vitamin dan mineral dalam Vita-Lea ni. Patutlah ia digelar Raja segala Multi-vitamin dan Multi-mineral. Untuk pengetahuan semua, penghasilan Vita-Lea ini disokong oleh 7 kajian klinikal dan ia menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk. Teknologi saluran mikro nya membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. Maka tidak hairanlah ianya sangat dipercayai dan menjadi pilihan utama berbanding jenama lain di pasaran dunia. Jangan tak tahu, Tun Dr. Mahathir pun makan Vita-Lea Shaklee ni tau!



Sekiranya Vita-Lea ini diambil secara harian, ia boleh:
  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas*

Saya juga mengambil Vita-Lea Shaklee ni setiap hari, semenjak dari masa berpantang anak kedua hari tu. Setiap pagi lepas sarapan mesti wajib telan sebiji Vita-Lea bersama SR Vitamin C. Hasilnya badan akan rasa cergas dan bertenaga je sepanjang hari tau. Kalau anda berminat nak cuba sendiri Vita-Lea ni jangan segan-segan hubungi saya ye. Harganya sangatlah berbaloi malah tak ternilai dengan kesan yang bakal diperolehi nanti.

Sekian wassalam.

I really LOVE <3 Shaklee!!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan/tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore