Saturday, 28 June 2014

TIPS SUSU IBU POWER - RAMADHAN TIBA LAGI

[TIPS SUSU IBU POWER - RAMADHAN TIBA LAGI]

AMALKAN POWER PUMPING SEMASA BULAN PUASA





Lakukan powerpumping 1 hingga 2 kali seminggu pada bulan puasa untuk memastikan demand susu ibu yang berkekalan pada breast ibu.
...
✔ Pilih satu jam antara jam 12 malam hingga 6 pagi untuk melakukan powerpumping.

✔ Tambahkan pengambilan air suam semasa sesi powerpumping.

✔ Power pumping untuk meniru hisapan bayi ketika growth spurt.

✔ Makan dan minum selepas selesai powerpumping kerana ibu mungkin merasa dahaga dan lapar.

-------------------
Nota Tambahan
-------------------
Penghasilan susu ibu sebenarnya berlandaskan konsep "demand and supply". Sekiranya breast selalu bengkak tetapi susu tidak dipam keluar, lama-kelamaan breast akan menghantar isyarat ke otak yang kita tidak perlukan susu. Oleh itu kaedah powerpumping ni sangat berkesan untuk hasilkan susu yang banyak. Caranya; bagi ibu yang guna double pam, pam serentak kedua-dua belah breast selama 10 minit kemudian rehat selama 10 minit, selepas itu diulang semula seperti tadi, mengepam setiap 10 minit sehingga cukup tempoh selama 1 jam ataupun sebanyak 3 kali sesi pumping. Manakala bagi ibu yang guna single pam, pam sebelah breast dahulu selama 10 minit, kemudian tukar pula pam di sebelah lagi breast, ulang pam berselang-seli setiap 10 minit, sampai cukup 1 jam.

Buat permulaan, susu mungkin keluar sedikit sahaja, hanya beberapa titik, tetapi ibu jangan cepat mengalah. Disebabkan itulah kita buat powerpumping, untuk galakkan susu keluar lebih banyak. Nanti lama-lama susu akan bertambah disebabkan permintaan yang tinggi apabila kerap mengepam. Mungkin dalam masa 3 hari ibu akan dapat susu yang meriah, itupun sekiranya ibu disiplin dan konsisten membuat powerpumping ini. Ingat balik konsep demand and supply tadi. Sekiranya selalu membiarkan susu bengkak baru hendak pam, lama-lama susu akan berkurang. Hakikatnya memanglah penat bila terpaksa bangun awal untuk pam susu, kemudian nak bergegas ke tempat kerja pula, tetapi jika fikirkan demi bayi tersayang, kuatkanlah semangat ibu-ibu. Susu badan adalah hak bayi kita, kalau kita tidak beri bermakna kita menafikan hak mereka. Kalau kita tidak menyusu mereka, kita pasti sedih kalau anak-anak kita bertanyakan adakah kita menyusukan mereka masa kecil dulu kan?!   

"SUSU IBU POWER!!"
  *****************

p/s: Bagi menjayakan amalan penyusuan susu ibu ini sepenuhnya, ibu-ibu sangat memerlukan tenaga maksimum untuk menyusu bayi sehingga 2 tahun, serta bekalan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan susu yang diberi adalah berkualiti dan bermanfaat kepada bayi. Shaklee telah mencadangkan rangkaian beberapa vitamin/supplement khas untuk ibu-ibu yang menyusu. Set supplement ini boleh diambil bermula dari ibu hamil sehingga selepas bersalin dan sepanjang tempoh penyusuan. Nak tahu apakah rangkaian supplement dalam set ni, jom baca di sini.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore