Friday 31 January 2014

SHAKLEE OH SHAKLEE...KU JATUH CINTA PADAMU

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Untuk 1st entry ni mula2 saya nak ucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. sebab akhirnya berjaya juga saya hasilkan blog yang tak seberapa ni (faham2 lah 1st time kan u allz ;)), so kalau terkurang kat mana2 tu abaikan sajalah...terimalah daku seadanya...cewaahh..hehehe..

     Ok berbalik kepada tajuk di atas, kat sini saya nak cerita sikit macam mana al-kisahnya saya boleh jatuh cinta dengan Shaklee ni..jeng..jeng..jeng.. Sebenarnya kisah dia bermula semasa saya mengandung anak kedua dulu...masa tu dah masuk trimester ketiga pregnancy kira2 sembilan bulan yang lepas la. Masa tu saya memang tengah tercari-cari set/ubat untuk berpantang nanti, kalau boleh dah taknak makan jamu sebab pengalaman masa bersalin baby first dulu amik jamu tapi terpaksa stop sebab baby kuning..dekat 2 minggu gak la tak makan ubat pa2...sebab tu badan pun rasa lemah ja..nak buat apa pun jadi malas ja. Maka disebabkan pengalaman tu saya bertekad untuk berpantang kali kedua ni mesti nak ubat yang boleh makan walaupun baby ada kuning...so survey punya survey guna pak google, terjumpalah dengan Shaklee ni. Saya terjumpa banyak page dan blog  yang citer pasal kebaikan Shaklee ni, saya pun dah mula tertarik dengan produk ni, ditambah dengan testimoni2 penggunanya yang dahsyat, maka bertambahlah keyakinan saya ngan Shaklee ni.
 
       Oleh itu, saya pun decide nak cubalah set berpantang Shaklee ni. Dengan excitednya saya pun order set ni secara online dari satu page kat facebook. Saya order set basic berpantang+menyusu sebab saya dah berniat nak susukan second baby ni sampai 2 tahun, memandangkan saya hanya sempat menyusukan si abang sampai umur setahun ja. Setelah menunggu dengan penuh debaran akhirnya sampailah sekotak set berpantang Shaklee yang saya order tu. Maka dengan perasaan tidak sabarnya saya pun teruslah membuka kotak tersebut untuk melihat isinya, jom kita tengok kat bawah ni...;)     

 Inilah dia Set Berpantang+Menyusu Shaklee!
 
SET BERPANTANG+MENYUSU SHAKLEE
  
          
Dalam set ni ada ESP, VITALEA, B-COMPLEX, ZINC COMPLEX, OSTEMATRIX, CHEW VIT C dan ALFALFA. Semua vitamin ni saya simpan la dulu...tunggu dah bersalin nanti baru nak makan... 

      Pada tanggal 17 Julai 2013, saya telah pun selamat melahirkan puteri saya Nur Auni Hamani secara normal. Sebaik pulang dari hospital saya terus saja mengambil set berpantang+menyusu Shaklee. Setelah beberapa hari mengambil set ni, saya rasa banyak sangat perbezaannya dengan jamu yang saya ambil masa beranak sulung dulu. Pertamanya, saya tetap boleh makan set ni walaupun baby disahkan ada kuning...dah tercapai impian saya sebelum ni kan.. Kedua, luka jahitan cepat kering, tak sampai seminggu dah sembuh. Ketiga, badan rasa bertenaga dan cergas je bergerak, hari keempat pantang saya dah boleh masak lauk sendiri serta mencuci pakaian baby dan kami sekeluarga. Ramai saudara yang datang ziarah cakap kat saya tak Nampak macam berpantang...:). Keempat, susu badan memang meriahh...berbanding masa first baby dulu lepas seminggu bersalin pun susu kuar sikit ja baby pun asyik nangis sebab tak kenyang. Kelima, tiada lagi sembelit teruk...masalah yang sering ditakuti oleh ibu2 yang baru lepas bersalin termasuk saya...:( (tapi mesti minum air kosong banyak2 ye untuk dapatkan hasilnya). Keenam, rambut kurang gugur berbanding masa beranak sulung...ini lagi satu masalah yang dihadapi oleh ibu2 lepas bersalin kan. Ketujuh dan terakhir, saya ada perasan muka saya dah tak berminyak dan kulit rasa lembut ja..:)

      Wahh...setelah merasai sendiri kelebihan dan manfaat dari semua vitamin Shaklee ni, masakan saya masih tidak yakin dengan produk yang marvellous ni kan. Bertitik-tolak dari situlah timbulnya perasaan cinta saya terhadap Shaklee...ya saya dah jatuh cinta pada Shaklee dan menjadi pengguna tegar sekarang..hehe.. Dalam bulan Ogos 2013 saya telah mendaftar sebagai ahli Shaklee dan sekarang sudah bergelar SID (Shaklee Independent Distributor)...I likeee...hehe..

 
Inilah puteri saya Nur Auni Hamani semasa baru lahir...:)
 
 
^_^ So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencuba set berpantang Shaklee ni, saya rekomen sangat2. Boleh order dengan saya melalui nombor telefon 013-3993960 (call/sms/whatsapp), bonus dapat konsultasi percuma dan berterusan...:)