Monday 11 August 2014

Terpaksa Berhenti Merokok dengan Vivix Shaklee

Salam sayang...

Sedar tak sedar, sudah hampir dua minggu kita menyambut Aidilfitri kan. Di dalam bulan Ramadhan yang lepas, sudah pasti semua perokok terpaksa menghentikan aktiviti merokok buat sementara waktu sebab berpuasa. Adakah aktiviti merokok ini dihentikan terus setelah masuk bulan Syawal ni ataupun bersambung dan kembali seperti biasa? Syabas kepada anda yang telah berjaya menghentikan terus amalan merokok ini. Bagi yang masih gagal, cuba renung-renungkan apakah faedah yang diperolehi dari merokok ini kepada diri sendiri dan juga kepada orang sekeliling anda? Tak ada satu pun faedah rasanya kan. Masih belum terlambat sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok asalkan ada niat yang murni dan usaha berterusan yang tidak kenal jemu.


Berhenti merokok sekarang!

Saya tahu anda sudah 'terperangkap'. Di sudut hati anda, anda mahu berhenti tapi anda tak mampu nak melakukannya. Terdapat banyak sangat halangan, antaranya godaan dan pujukan dari rakan-rakan yang juga seorang perokok memang sangat sukar ditepis. Ditambah lagi dengan perasaan takut kalau-kalau akan dipulaukan oleh rakan-rakan bila dah berhenti merokok, sebab itulah ramai yang kecundang dan akhirnya kembali kepada aktiviti merokok ini semula.


Katakan "tak nak" kepada rokok.

Nasihat saya kepada perokok-perokok terutamanya perokok tegar, teruslah berusaha untuk berhenti merokok. Kuatkanlah semangat dan mental anda, fikirkan orang-orang tersayang di sekeliling anda. Hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab anda apabila membiarkan  orang lain menyedut asap yang penuh dengan toksin dari rokok yang anda hisap. Merokok ini hanya memudaratkan kesihatan (seperti sakit jantung,paru-paru, kanser dsbgnya). Setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia maut akibat rokok. Oleh itu berhentilah merokok sebelum rokok mematikan anda dan keluarga anda.

Janganlah tunggu sampai jadi macam gambar di bawah, baru nak berhenti rokok, dah tak guna kan.


Say NO to rokok! Jangan tunggu sampai macam ni baru nak berhenti.


Haa...takut kan tengok gambar kat atas. Jadi, cepat-cepatlah berhenti rokok wahai kaum adam dan pertahankan/pelihara 'kelelakian' anda...;)


Bagaimana Mahu Berhenti Merokok?

Sebenarnya ada pelbagai kaedah yang digunakan untuk berhenti merokok. Antaranya ialah dengan menggunakan alat bantuan berhenti merokok. Terdapat banyak produk di pasaran, contohnya tablet nikotin, patches dan gula-gula getah yang mana semuanya bertujuan untuk memenuhi keperluan nikotin yang menggila apabila mereka tidak hisap rokok. Semua produk ini berfungsi sebagai pengganti nikotin sahaja sebenarnya.

Buat Anda Yang Berhasrat Berhenti Merokok

Buat anda yang berhasrat untuk berhenti merokok, saya cadangkan anda tonton video di bawah ini. Ada perkongsian daripada seorang sahabat yang berjaya berhenti merokok akibat 'terpaksa' berhenti. Ia bagus untuk anda.

Klik di sini untuk video : http://www.youtube.com/watch?v=63y35enT9XI



(Kredit kepada tuan punya video ini)

Melalui video ini kita dapat lihat satu perkongsian yang jujur bagaimana sahabat ini berjaya berhenti merokok. Mungkin ini jawapan dan penyelesaian yang anda cari selama ini. Mungkin anda boleh hadiahkan VIVIX kepada diri sendiri ataupun suami/isteri dan siapa saja orang terdekat anda yang merokok. Jika anda benar-benar merasakan inilah masa yang terbaik untuk anda atau mereka berubah.

Why not. Lets try VIVIX.
It's safe, it's work and it's natural!

Dah ramai yang terpaksa berhenti merokok selepas mencuba VIVIX. Bagi saya ini adalah salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mungkin ini jalan keluar untuk sesiapa pun 'berhenti merokok'.


Berhajat Untuk Mencuba VIVIX




Buat mereka yang ingin mencuba VIVIX, atau menghadiahkan VIVIX buat insan yang tersayang, jangan malu jangan segan untuk menghubungi saya di talian seperti di bawah..

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang merokok. Saya doakan impian mereka yang berhasrat berhenti merokok akan tercapai...insyaAllah.

Sekian, wassalam.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

COLLAGEN POWDER SHAKLEE UNTUK KULIT ANJAL

Assalamualaikum...


Shaklee Collagen Powder

Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua di sini. Ok hari ini terpanggil pulak nak kongsi pasal kolagen shaklee, memandangkan banyak produk kolagen di pasaran sekarang ini dan ada juga produk yang ditambah kolagen seperti kopi kolagen, cocoa kolagen dan banyak lagi. Itu antara contoh sajalah. Disebabkan terlalu banyak maka sudah semestinya kita sebagai pengguna perlu membuat pilihan yang bijak. Perhatikan terlebih dahulu isi kandungan kolagen yang terdapat dalam semua produk tadi sebelum membeli supaya kita betul-betul mendapat manfaat dari produk kolagen tersebut. Bak kata pepatah 'alah membeli menang memakai'. Baiklah sebelum itu apa kata kita berkenalan dulu dengan COLLAGEN itu sendiri.


APAKAH COLLAGEN?

Kolagen ni adalah sejenis protein. Fungsinya adalah menyambungkan tisu-tisu kulit, tulang, otot. Seolahnya jika bahasa paling mudah adalah umpama gam yang menyambungkan organ badan kita. Jika gam ni hilang maknanya kulit akan mulai mengendur, berkedut. Collagen ni akan memastikan keanjalan kulit kita terpelihara.

APA JADI BILA HILANGNYA KOLAGEN?

Pengeluaran kolagen mulai berkurangan bila seseorang mencecah usia 30an. Bila ianya mulai berkurangan, akan muncullah kedutan dan juga kulit akan hilang keanjalannya. Kulit akan hilang ketegangan dan tidak bermaya. Haa sekarang dah faham kan kepentingan kolagen ni..


APA ADA DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

  • Collagen Powder Shaklee merupakan suplemen KOLAGEN HEBAT yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu hidangan dipek dalam satu sachet untuk memudahkan anda menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
  • Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.
  1. Ekstrak biji benih Camelia Japonica
  2. Ekstrak Pfaffia
  3. Kolagen ikan
  4. Ekstrak kerang-kerangan
  5. Lactobacillus Acidophilus
  6. Vitamin C
  7. Vitamin B

Secara ringkasnya, dengan pengambilan collagen ini, dpt membantu:

*Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
*Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
*Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
*Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
*Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
*Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
*Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
*Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
*Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
*Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan



*** Faedah tambahan :

*Menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.


>>  Jadi kesimpulannya, Collagen Powder Shaklee adalah pilihan yang bijak kerana memberikan manfaat sebenar yang kita mahukan dari satu supplemen kolagen. Bukan itu saja, pembeliannya juga merupakan pelaburan yang bijak untuk SIHAT dan CANTIK! Lebih menguntungkan jika BELI 3 KOTAK Collagen Powder Shaklee akan dapat FREE MEMBERSHIP BERNILAI RM75. Menarik kan??!

>> Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk kelihatan CANTIK, MENARIK, TERTARIK & GORJESS luar dan dalam!! Place your ORDER now!


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).

Wednesday 6 August 2014

Set Kesuburan Shaklee - Sepupuku Berjaya Hamil

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran, hari ni baru berkesempatan menjenguk blog selepas seminggu beraya sakan...hehe.. Sebenarnya bulan ni saya berasa sungguh teruja sebab promo produk shaklee bulan ni adalah GLA Complex.




Nak tahu sebab apa saya teruja sangat?? Sebabnya GLA Complex ni telah merubah kehidupan salah sorang sepupu saya ni. Ianya bermula pada saat beliau mendapat tahu bahawa beliau sudah berjaya hamil setelah beberapa bulan mengambil Set Kesuburan Shaklee dari saya. Beliau yang dulunya hidup diselubungi kesedihan dan kekecewaan kini telah bertukar kepada kegembiraan dan keceriaan. Siapa yang tidak gembira setelah mendapat tahu dia berjaya hamil sedangkan sebelum ini sudah bertahun-tahun mencuba pelbagai cara tetapi masih gagal sehingga menyebabkan dia hampir-hampir berputus asa.


Syukur Alhamdulillah, akhirnya sepupuku berjaya hamil!

Tatkala menerima berita gembira ini dari beliau, saya berasa sangat-sangat gembira dan teruja (excited lebih tau..hehe..) kerana akhirnya saya dapat membantu beliau untuk hamil, dengan izin Allah swt juga, selepas beliau dan suami menanti lebih dari 6 tahun untuk menimang cahayamata. Sekarang ini beliau sedang sarat mengandung dan dijangka menerima kehadiran orang baru pada awal bulan September nanti. Alhamdulillah keadaan baby dalam kandungan juga sihat kata beliau semasa kami berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas kerana beliau juga mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil. Sekarang saya dapat melihat keceriaan pada wajah beliau berbanding sebelum ini yang sentiasa muram dan tidak gembira.

Bagi diri saya pula timbul satu perasaan yang luarbiasa gembiranya apabila sudah berjaya membantu sepupu sendiri...tiada ungkapan yang dapat menggambarkannya. Saya berharap dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang menghadapi masalah yang sama di luar sana, insyaAllah dengan keizinan-Nya Yang Maha Esa. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, bagi mereka yang sedang berusaha mendapat zuriat, tidak seharusnya cepat mengalah dan berputus asa (mesti bersemangat tinggi seperti sepupu saya) serta tidak bersangka buruk kepada ketentuan Yang Maha Pencipta kerana kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab-musababnya. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, Dia yang menentukan bila kita patut mendapat anak, begitulah juga dengan soal jodoh dan kematian. Ini semua adalah ujian dari Allah swt untuk melihat tahap kesabaran hambanya. Oleh itu kita tidak sepatutnya cepat mengalah tanpa berusaha bersungguh-sungguh diiringi dengan doa tanpa henti pada-Nya dan akhirnya tawakal dan berserah.

Baiklah, sekarang mari kita lihat apakah vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee yang diamalkan oleh sepupu saya dan suami beliau sehingga berjaya hamil akhirnya.




Yang pertama mestilah GLA Complex kan. GLA Complex ni dapat membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan cecair servik yang berkualiti bagi meningkatkan kesuburan wanita. Selain GLA Complex beliau juga mengambil Alfalfa Complex untuk mengurangkan masalah keputihan dan Vitamin B-Complex yang mengandungi asid folik yang berfungsi menguatkan rahim di samping mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Manakala suami beliau pula mengambil Zinc Complex yang berfungsi meningkatkan kuanti dan kualiti sperma dan membantu sperma bergerak lebih pantas ke ovum dengan menjadikannya lebih sihat. Zinc Complex ni juga dapat meningkatkan tenaga dan nafsu lelaki (seperti yang dikongsikan oleh sepupu saya sendiri).




Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini, boleh terus hubungi saya melalui talian seperti di bawah. Saya akan berikan konsultasi percuma dengan setiap pembelian set ini hanya dari sini.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).