Tuesday 13 May 2014

MUNTAH DAN CIRIT BIRIT

Salam semua,

Semalam dan hari ni saya ditimpa dengan ujian yang agak berat. Irfan anak sulung saya telah mengalami muntah2 yang teruk semalam. Kejadian bermula shlepas kami pulang dari rumah my in laws hari Ahad lepas. Pada malam tu tiba2 irfan muntah lepas minum susu. Mula ingatkan biasa ja. Tapi kejadian muntah berlarutan sampai tengah malam. Setiap kali minum sssu mesti dia akan muntah bnik. Saat itu maluri keibuan saya mula tersentuh, kesian betul tengok keadaan dia, rasa sedih yang teramat sangat tuhan saja yang tahu. Dalam otak mula duk fikir macam2. Dahlah baru2 ni terbaca banyak kisah anak2 kecil yang meninggaB, saya pun mulalah risau takut kejadian yang sama menimpa kami, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan saya kalau trpaksa lalui peristiwa sebegitu. Ya Allah sampai macam tu saya terfikir. 

Tengah malam tu masa irfan terjaga dan muntah, saya ajak hubby bawak irfan ke klinik 24jam tapi hubby kata tunggu dulu sampai esok pagi. Saya pun iyakan sajalah walaupun dalam hati duk risau yang amat sangat. Memang tak lena la tido malam tu. Bila dah pagi menjelang subuh irfan terjaga lagi dan sekali lagi dia muntah dan nangis. Saya pun apa lagi terus ajak hubby pegi klinik 24jam tu. Lepas siap mandi dan solat subuh kami pun terus bertolak. Bawak sekali la si kecik Auni...nasib dia tak meragam. Sampai kat klinik dalam pukul 7 lebih, penjaga kat kaunter tu bagitau doktor pukul 8 baru ada. Alamak...saya dan suami berpandangan sesama sendiri tak terkata apa. Mungkin dah nampak kami macam dilema baru la pembantu klinik tu tanya sapa yang sakit. Saya pun bagitau la hal sebenar. Pembantu tu cakap takpa dia try bagi ubat tahan muntah yang kena masuk melalui punggung tu..mungkin sebab saya ada bagitau irfan memang susah makan ubat. Maka kami pun dibawa masuk dalam bilik rawatan dan irfan disuruh baring menonggeng atas katil. Irfan dah mula start nangis, pembantu minta hubby pegang irfan sementara dia nak masukkan ubat tadi. Saya pada waktu tu hanya berdiri dekat pintu sambil dukung Auni...memang tak sanggup nak tengok irfan yang sedang meraung tu. Lepas selesai kami pun berangkat pulang. Oh ha pembantu tadi taknak ambil duit rawatan, saya dan hubby pun hairan...adakah prosidur klinik macam tu. Kami hanya mampu berterima kasih saja pada pembantu klinik yang baik hati tu. 

Sampai di rumah irfan terus tido. Saya pun mula buat keja rumah macam biasa, basuh baju dan memasak. Hampir dekat tengah hari irfan bangun minta air kosong dan susu. Lepas minum susu dia muntah lagi. Kali ni hubby pulak nampak risau. Tak boleh jadi ni kena bawak irfan jumpa doktor jugak la baru puas hati. Kami decide nak bawak irfan ke klinik pakar kanak2 yang biasa kami pegi. Tengok jam time tu dah pukul 12.30 tengah hari. Klinik tu tutup untuk rehat dari pukul 1 sampai 2.30ptg, so memang tak sempat la kalau pegi time tu. Hubby cakap lepas zuhur la baru pegi. So saya pun siapkan makan tengah hari dan ajak hubby makan. Masing2 dah tak lalu makan sebenarnya bila tengok keadaan irfan makin lemah. Lepas zuhur kami terus bertolak ke klinik. Masa dalam perjalanan dalam kereta saya tak henti2 menangis...dah tak boleh tahan sebak tengok irfan kat sebelah tersandar ja sambil mata pejam. Sesekali saya pegang dada dia...bila rasa ada denyutan barulah saya rasa lega.

Dipendekkan cerita, selepas selesai berjumpa doktor dan mengambil ubat irfan kami pun terus pulang ke rumah. Doktor suspek irfan terkena keracunan makanan dan melalui pemeriksaan doktor kata usus irfan tersumbat sikit. Doktor kata lepas makan ubat dia akan baik...tak ada serius sangat. Barulah hati saya rasa lega sikit. Bila balik rumah bab yang paling mencabar mestilah masa nak bagi ubat kat irfan. Memang susah la...bila nampak picagari ja terus menggelupur. Hubby terpaksa pegang kuat tangan dia sementara saya press ubat masuk ke mulut dia. Fuh...mencabar sungguh..

Hari ini hubby dah nak kena balik ke tempat operasi di Gunung Jerai. Sampai habis bulan ni baru habis operasi. Sepatutnya dia balik pagi Isnin tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak bawak irfan ke klinik. Kalau ikutkan hari ini cuti memang saya jaga sendiri budak2 ni, tapi hubby suruh saya hantar irfan ke rumah pengasuh sebab susah nanti saya sorang2 nak bagi ubat kat irfan sebab dia tak ada. Pagi tu lepas balik hantar irfan, saya terus tidurkan auni. Bila auni tido baru saya senang nak buat keja rumah. Lepas habis masak saya rasa tak sedap perut pulak. Pastu rasa nak ke toilet...dah saya pulak yang terkena cirit birit. Bukan setakat cirit birit tapi siap dengan muntah lagi lepas tu. Aduh jangkit dari irfan ke? Ataupun sebab makan mangga semalam. Masa makan tu memang dah tak ingat apa la punyalah banyak duk bedal sebab manis sangat mana boleh tahan... Dah dekat 5 ke 6 kali ulang ke toilet, barulah teringat petua arwah nenek, kalau dulu masa kecik terkena cirit birit mesti nenek akan bancuh air tepung gandum. Saya pun apa lagi terus la pegi ke dapur cari tepung gandum dan bancuh dengan air suam. Lepas dua kali minum air tepung gandum barulah saya dah tak rasa nak ke toilet... Memang betul petua orang tua2 ni berkesan sebenarnya...sebab diaorang lebih dulu makan garam dari kita kan.. 

Nampak gayanya inilah hadiah hari ibu yang tak mungkin saya lupakan sampai bila2...;)

Di sini saya share cikit info pasal topik ni dari link berikut; 

http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Cirit-Birit.htm

CIRIT-BIRIT

Klik Untuk Versi Bahasa Inggeris

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Untuk Informasi Lanjut, Sila Klik Sini..... 
Gejala-gejala
Komplikasi
Punca-punca cirit-birit
Punca-punca kronik
Apa yang dapat dilakukan oleh anda
Bayi
Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan 

Gejala - gejala

v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan 
    abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot. 

Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.

Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan 5-10% berat badan.
v Gelisah dan mudah tersinggung.
v Mata terbenam.
v Ketidakhadiran air mata.
v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v Mata adalah terlalu terbenam.
v Ketidakhadiran airmata.
v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil 
     beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
v Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit

v Meminum air yang tercemar.
v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba. 

Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 
v Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v Penyakit-penyakit usus. 
v Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
v Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v Kecacatan penyerapan
v Selepas pembedahan
v Fistula dalaman
v Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v Kanser
v Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
v Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu 
    dan salur gastrousus.
v Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract 
     condition, appendicitis etc.
v Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
v Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

v Minum banyak air.
v Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau 
     pisang yang dimasak.
v Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk 
    dihadam.
v Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding 
    dengan doktor anda.
v Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 

Bayi

v Teruskan penyusuan bayi.
v Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral 
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
v Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
v Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
v Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan

v Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan 
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
v Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan 
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
v Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia 
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
v Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum 
     menyediakan dan mengendalikan makanan.
v Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
v Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang 
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
v Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

Copyright | Disclaimer

Copyright © 2001, GS Vision Sdn Bhd, Malaysia 
All Rights Reserved

Sesiapa yang ada pengalaman sama macam saya boleh la share sikit kat ruangan komen ni, camana korang hadapi situasi macam ni atau mungkin ada petua lain yang boleh diamalkan...saya sangat2 mengalu-alukan sharing korang. Tqvm.. :-* <3 <3