Tuesday 29 April 2014

1001 KEBAIKAN DAN MANFAAT ESP

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersua kembali kita. Apa khabar ibu-ibu semua? Diharapkan semuanya sihat dan bergembira di samping keluarga tercinta..:)

Entry kali ini saya nak share pula pasal kebaikan dan manfaat ESP (Energizing Soy Protein). ESP adalah protin soya (tumbuhan) yang lebih mudah dihadam berbanding protin haiwan. Ianya
dihasilkan daripada soya "non-GMO" (selamat daripada risiko toksin) dan protinnya lengkap mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk fungsi badan. Selain itu, paras glisemik indeks bagi ESP juga rendah iaitu di bawah dari paras indeks 55 dan ia dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.   



Tahukah anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam system badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amat penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang yang digunakan dalam pemprosesan. Berbeza dengan ESP yang dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.


Manfaat Utama ESP:


  • Awet Muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  • Baik untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannyamengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan,agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi kulit, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan.

Haaa...memang banyak kan kebaikan dan manfaat ESP ni...1001 macam... Maka tidak hairanlah ia menjadi HOT SELLING PRODUCT, memang selalu habis setiap kali restock.

Tahu tak sel kita terbentuk daripada protein? Maka adalah penting untuk mendapatkan protein yang berkualiti tinggi bagi sel baru tumbuh untuk menggantikan sel lama atau sel mati. Sel yang sihat lebih mudah menyerap ZAT DAN VITAMIN.

Diharapkan info ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu semua untuk membuat pilihan bijak...:)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-3993960 atau email norlina_ab@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Petua Mendapat Anak Lelaki

Assalamualaikum w.b.t.
 
"Sayang, kalau kita dapat anak lelaki lepas ni kan best. Bukan abang tak suka anak perempuan, mereka semua adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Cuma kalau ada anak lelaki ni boleh la teman abang buat aktiviti-aktiviti lasak yang orang lelaki ja boleh buat...hehehe..."
 
Hahaha...ada ke ibu-ibu yang pernah diajukan kenyataan seperti ini oleh cik suami tercinta. Mesti pening kepala juga kan memikirkan bagaimana cara atau teknik yang berkesan untuk dapat anak lelaki, tambah-tambah jika cubaan yang sebelum ini juga gagal, mesti timbul rasa nak give up kan...huhu....boleh stress dibuatnya.
 
Jangan stress ibu-ibu nanti cepat tua pulak...hehe. Semua keinginan kita mestilah direalisasikan dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah, jangan cepat mengalah dan berputus asa, insyaAllah pasti akan dimakbulkan oleh-Nya. 
 
Di bawah ini saya kongsikan  beberapa petua untuk mendapat anak lelaki yang dipetik dari majalah Mingguan Wanita. Cubalah praktikkan petua-petua ini...mana tau ada rezeki kan. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang mengidamkan baby boy...:)
 
Jom baca petikan di bawah ye;
 
Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
 
Elakkan pengambilan makanan berasid
Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)
 
Hubungan intim waktu subur
Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.
 
Cecair bertukar alkali
Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalaman faraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) ini boleh dibeli di farmasi.
 
Posisi persetubuhan
Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.
 
 * Haa...dah dapat kan petuanya. Jangan peram pulak ye...mesti cuba buat baru la dapat hasilnya kan. Satu lagi yang dapat saya kongsikan ialah sebelum bersama suami, ibu-ibu mesti tekadkan dalam hati nak anak lelaki dan berdoa betul-betul pada Allah supaya dikurniakan anak lelaki (sama juga caranya jika mahukan anak perempuan ye...:)). Setelah berjaya hamil, banyakkan membaca surah Luqman untuk dapatkan anak lelaki manakala surah Maryam jika mahukan anak perempuan.
 
Selamat mencuba semua! Saya doakan semoga impian ibu-ibu dan bapa-bapa akan tercapai akhirnya, insyaAllah dengan izin-Nya..
 
 

Saturday 26 April 2014

IMPIAN UNTUK JADI WAHM

Assalamualaikum w.b.t.

Bestnya jadi WAHM :)

Apa khabar ibu-ibu semua? Diharapkan semuanya sihat belaka dan berbahagia di samping keluarga tercinta.. :)

Saya pasti ada di kalangan ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak kecil yang memasang impian untuk menjadi seorang WAHM (Work At Home Mom) ataupun dalam bahasa Melayunya seorang surirumah yang berpendapatan.

Impian ini mungkin tidak pernah terfikir semasa kita melanjutkan pelajaran dulu tak kira di peringkat sijil, diploma ataupun ijazah dan seterusnya. Pada waktu itu apa yang kita fikirkan hanyalah untuk habiskan study sehinggalah grad dan mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan kita. Betul tak?

Namun apabila kita sudah berkahwin dan mempunyai anak kecil, pasti impian untuk jadi WAHM ini akan datang terutamanya apabila kita dilanda dengan pelbagai masalah dan kesukaran. Antaranya adalah kesukaran untuk mencari nursery atau pengasuh yang sesuai untuk anak kita terutama yang masih kecil. Sudahlah kita dikejutkan dengan banyak kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak di taska atau nursery, maka bertambahlah kerisauan kita apabila meninggalkan anak-anak di tempat jagaan tersebut, sudah pasti tumpuan di tempat kerja juga terganggu apabila kita asyik teringatkan anak-anak yang ditinggalkan, terutamanya yang masih bayi lagi. Apabila menghadapi situasi seperti ini pasti kita terfikir untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak di rumah. Bukan saja anak-anak terjaga, rumahtangga juga terpelihara di samping dapat menyediakan sendiri makanan untuk suami dan anak-anak yang sudah semestinya lebih bersih dan sihat dari makanan di luar kan. 
 
Sungguhpun begitu, sebelum mengambil keputusan untuk menjadi surirumah ibu-ibu sudah semestinya perlu mamastikan mereka mempunyai pendapatan atau side income yang kukuh supaya dapat menampung segala perbelanjaan bulanan termasuk hutang-piutang yang mesti dilangsaikan walaupun sudah tidak bekerja makan gaji. Haa dari sinilah timbulnya istilah WAHM ini ataupun dipanggil surirumah yang berpendapatan. Apabila kita sudah ada side income yang kukuh sudah pasti lah sang suami pun memberi keizinan dan sokongan seratus peratus bila kita menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja betul tak. Bayangkan kalau kita tiada income sendiri sudah pastilah cik suami pun akan pening kepala memikirkan semua perbelanjaan yang terpaksa ditanggung seorang diri termasuklah hutang persendirian kita...oh tidakk!! Boleh botak kepala cik suami tu...kesiann..

 
 
Bagi ibu-ibu yang pertama kali mendengar istilah ni pasti tertanya-tanya apa yang seronoknya bila menjadi seorang WAHM ni kan.
 

Antara keseronokan yang kita akan dapat bila bergelar WAHM ni adalah: 

(1) Bekerja di rumah sendiri tanpa perlu keluar ke tempat kerja dan mengharungi kesesakan trafik yang teruk setiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja.
 
(2) Membesarkan anak-anak depan mata sendiri. Tidak perlu lagi risau dengan keadaan anak-anak yang ditinggalkan di pusat jagaan dan tidak perlu lagi mengambil cuti kecemasan setiap kali anak-anak jatuh sakit ataupun apabila pengasuh jatuh sakit sebab memang pernah berlaku pada saya sendiri.
 
(3) Masa kerja yang fleksibel, kita sendiri yang tentukan. Tidak ada lagi yang bising ataupun dikenakan tindakan disiplin apabila kita masuk kerja lewat. 
 
(4) Tidak perlu lagi mendengar arahan dari pihak atasan dan kelam kabut menyiapkan tugasan tersebut pada masa yang dikehendaki sehingga kadang-kadang terpaksa kerja lebih masa. Bila jadi WAHM kitalah bos kitalah juga kuli...kan best.
 
(5) Dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Cuba lihat berapa jam saja yang dapat kita luangkan masa untuk bersama anak-anak kalau kita bekerja, kadang-kadang bila balik keja lewat anak-anak pun dah tidur kan.
 
(6) Boleh pergi bercuti pada bila-bila masa ataupun pulang ke kampung melawat mak dan ayah tanpa perlu mengambil cuti tahun atau tunggu cuti umum di mana pada waktu itu satu Malaysia juga pergi bercuti dan jalanraya sudah semestinya sesak.
 
(7) Boleh keluar shopping di waktu semua orang pergi bekerja. Sudah pasti waktu tu semua shopping complex pun lengang kan tak perlu lagi bersesak-sesak dan beratur panjang di cashier.
 
 
Walaupun orang nampak kita sama sahaja seperti surirumah yang lain, setiap hari sibuk menguruskan rumahtangga serta makan pakai suami dan anak-anak, namun hakikat di sebaliknya kita juga mempunyai pendapatan atau income setiap bulan sama seperti mereka yang bekerja di luar. Walaupun kita tidak keluar bekerja tetapi kita masih ada income untuk kegunaan diri sendiri dan membantu meringankan beban suami. Malahan, pendapatan bulanan seorang WAHM boleh mencapai sehingga 10 kali ganda dari pendapatan pekerja yang makan gaji. Haa inilah part yang paling seronoknya kan. Cuba tengok balik berapa peratus saja kenaikan gaji yang kita dapat setiap tahun jika kita makan gaji, paling tinggi mungkin 10% kot. Itulah bezanya bila jadi WAHM, pendapatan bulanan kita tidak terbatas, boleh meningkat ke 100% jika kita betul-betul komited dan rajin berusaha. Jangan terkejut, memang sudah ada WAHM yang berjaya memperoleh pendapatan bulanan sehingga 6 angka sebulan, lagi 1 angka untuk jadi jutawan!! 
 
Saya juga mempunyai impian untuk menjadi seorang WAHM satu hari nanti...insyaAllah..
 
 
Namun di sebalik keseronokan ini, kita harus sedar bahawa setiap kejayaan pasti tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang kuat, gigih dan berterusan. Sudah pasti ada pelbagai halangan dan rintangan yang mesti kita tempuhi sebelum mencapai kejayaan tersebut. Kalaulah senang saja nak dapat income sebanyak tu sudah tentu lah ramai yang dah jadi jutawan kat Malaysia ni kan. Apa yang penting adalah push factor kita untuk mencapai impian tersebut. Apabila ada matlamat yang jelas, sudah pasti ianya akan mendorong kita berusaha mengatasi apa jua halangan dan rintangan yang dating.
 
Jika ibu-ibu yang memang mempunyai impian untuk menjadi WAHM ni tetapi masih tercari-cari apakah bisnes yang boleh dijadikan side income, saya sangat mengalu-alukan ibu-ibu untuk menyertai group bisnes Shaklee kami. Nak tahu macam mana caranya nak join, boleh klik di sini daftar ahli Shaklee. Support group kami diterajui oleh seorang Master Coordinators (pangkat tertinggi dalam Shaklee) yang juga merupakan seorang WAHM yang berpendatan 100% lebih tinggi dari gaji hakikinya sebelum ini. Malah ramai lagi Master Coordinators yang berjaya dilahirkan dalam group ini merupakan WAHM! Adalah sangat penting untuk memilih support group yang betul supaya kita tidak dibiarkan terkapai-kapai di tengah lautan yang luas tanpa pelampung...pasti tak nak kan..
 
Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak. Mari mendaftar di bawah saya dan kita sama-sama bernaung di bawah satu bumbung besar yakni Empayar WAHMillionaire, sebuah support group di mana  segala bimbingan dan tunjuk-ajar mengenai selok-belok bisnes, from 'ZERO to HERO' akan diberikan oleh leader-leader tanpa meninggalkan seorang pun ahli dalam empayar ini. Bukan sahaja ilmu duniawi diterapkan malah ilmu ukhrawi juga ditekankan dalam group ini. Apa yang penting untuk berjaya adalah tekad dan semangat yang kuat untuk melangkah menuju impian kita dan keluar dari kepompong yang sudah tidak selesa sekarang ini.      
 
Selamat berjaya ibu-ibu semua. Semoga kita semua berjaya mencapai impian murni untuk menjadi seorang WAHM yang kaya di dunia dan juga akhirat....Ameennn.
 
 
**Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi saya di talian 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat) atau email ke norlina_ab@yahoo.com.my.**
Wassalam.
Lina 

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER - Perbezaan Shaklee


 
Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni saya nak bagi info pasal produk Shaklee yang paling HOT iaitu ESP. Energizing Soy Protein (ESP) adalah makanan tambahan protin berasakan kacang soya. Untuk first entry, kita tengok dulu apakah perbezaan dan kelebihan ESP Shaklee.

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Tahu tak, satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lema, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 



 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-3993960 atau email norlina_ab@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday 23 April 2014

KENAPA ANAK SUKA GIGIT KUKU?

Assalamualaikum w.b.t.

Adakah ibu-ibu pernah menghadapi masalah ini dengan anak-anak? Saya juga sedang menghadapi masalah ini dengan anak sulung saya yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.
 
Saya sendiri tidak pasti apakah puncanya dan bila ia bermula sebab anak saya ditinggalkan dengan pengasuh semasa saya bekerja. Sudah banyak kali saya menegur dan memarahinya supaya menghentikan perbuatan menggigit kuku ni tapi dia tetap mengulanginya lagi. Memang pening kepala memikirkan macam mana nak tangani masalah ni.
 
Mungkin ada teknik dan cara-cara tertentu untuk mengatasi permasalahan ini. Di bawah ini saya kongsikan artikel dari majalah Pa&Ma berkenaan isu ini yang sempat saya google sebentar tadi. Jom kita baca di bawah.

Kenapa Suka Gigit Kuku?            



kuku

“Aiman, jangan gigit kuku. Kotor nanti kuman masuk mulut,” tegur Linda kepada anaknya yang gemar menggigit kuku. Sudah puas dia menegur, memarahi dan menasihatkan tetapi si anak tetap tidak serik mengulang tabiatnya itu.
Sebagai seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut. Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka dewasa.
Mengenal pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi, kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka melakukan tabiat tersebut.
Ibu dan ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan perbuatan tersebut.
Antara punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan, kecemasan, marah dan tertekan. Anda boleh perhatikan gelagat anak apabila mereka mula menggigit kukunya. Cuba ingat kembali apa yang berlaku kepadanya sehingga membuatkan dia menggigit kukunya. Jarang sekali kanak-kanak menggigit kuku tanpa alasan yang jelas.
 
Berhenti gigit
Tindakan awal yang  anda lakukan sebaik melihat si kecil menggigit kuku adalah melarang perbuatan tersebut. Tidak salah membuat tindakan itu tetapi menghukum atau memarah anak hanya akan membuatkan dia semakin ingin menggigit kukunya. Sebaiknya anda analisis apa yang menjadi penyebab dia menggigit kuku.
Jika anda tidak dapat menemukan jawaban, cuba jelaskan kepada anak dengan bahasa yang mudah supaya dia faham bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan boleh membahayakannya. Jangan sekali-kali berbohong mengenai hal ini . Anda juga boleh membuat langkah berikut apabila anak memulakan tabiat menggigit kukunya.
 
Berikan peringatan. Jika dia mula menggigit kuku beri peringatan dengan memegang tangannya atau cara lain yang dapat menunjukkan anda melihat perbuatan tersebut. Bagaimanapun jangan sampai membuatnya berasa malu kerana teguran itu.
 
Berikan sesuatu untuk dipegang. Kadang kala untuk mengalihkan perhatian anak daripada melakukan perbuatan yang buruk, anda perlu memberikannya sebuah mainan atau objek lain.
 
Potong kuku secara teratur. Sentiasa pastikan kuku anak anda bersih dan kemas agar terhindar daripada kotoran di celah kukunya.
 
Tutup kukunya. Bagi kes yang semakin kronik, tindakan menutup kukunya menggunakan plaster atau penutup lain boleh dilakukan. Mungkin anda boleh memakaikan inai semula jadi pada kuku anak perempuan supaya dia merasa sayang untuk menggigitnya.
 

Berikan rasa tidak sedap. Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata dan tidak selamat jika termakan.

***************************************************************************
Bagaimana ibu-ibu, rasanya berjaya ke tak panduan-panduan di atas ni mengatasi tabiat buruk anak kita yang suka gigit kuku? Saya sendiri akan cuba mempraktikkan semua tips yang dikongsikan di sini. Semoga memberi manfaat kepada ibu-ibu dan diri saya juga ya...insyaAllah..    
 
Wassalam.

Lina

Sunday 20 April 2014

MASTER COORDINATORS CELEBRATION - MASTER HANUM

 

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam telah berlangsungnya MASCEL (Master Coordinator Celebration) untuk Master Hanum, iaitu nanny saya dalam bisnes Shaklee ni. Beliau merupakan idola saya, semoga satu hari nanti saya juga akan berjaya mencapai impian untuk menjadi sepertinya...Aminnn.. MASCEL Master Hanum telah diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali dan gilang-gemilang seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakan saya yang telah hadir ke acara tersebut. Saya malangnya tidak dapat menghadirkan diri di sana kerana suami bekerja outstation..sedih sangat..huk..huk.. Kalaulah hotel tu dekat ja dengan rumah saya mesti dah drive pegi sendiri tapi apakan daya tempatnya nun jauh di sana di selatan tanah air sedangkan saya menetap di sebelah utara, sabar jelah... 


Dalam dewan: Red carpet tu ala2 Anugerah OSCAR pulak..;)
(Gambar kredit to Nur Azura aka Aju Atelier)

Tudia nanny macam pengantin je, cantik sangat hasil penangan Shaklee la tu..hehe..
(Gambar kredit to Nur Azura aka Aju Atelier)

Untuk pengetahuan korang, MASCEL ni merupakan majlis sambutan yang dianjurkan oleh Shaklee untuk meraikan distributor yang berjaya mencapai rank Master Coordinator iaitu rank tertinggi dalam Shaklee. Kiranya majlis ni seolah-olah Graduation Day di mana seorang siswazah berjaya menerima segulung ijazahnya setelah bersusah-payah menempuh dugaan sepanjang tempoh studynya...macam tulah diibaratkan. Kalau korang nak tahu Shaklee memperuntukkan 50k tau untuk setiap MASCEL yang diadakan di hotel-hotel bertaraf 5 bintang tanah air manakala tempat, tarikh dan masa ditentukan sendiri oleh Master Coordinators berkenaan. Seronok kan kalau dapat penghargaan yang sebesar ini. Acara sambutannya pula ala-ala Majlis Kahwin gitu, Master Coordinators diraikan macam pengantin siap ada acara potong kek lagi, tetamu yang hadir pula bebas untuk bawa ahli keluarga atau sesiapa saja, semua yang datang dapat makan FREE tak perlu bayar sesen pun...wah bestnyerr.. Setiap Master Coordinators yang diraikan akan diberi peluang untuk berucap di depan dan berkongsi pengalaman susah-senangnya sepanjang perjalanan dalam bisnes Shaklee sehingga berjaya mencapai tahap tertinggi dalam Shaklee.

Berbalik pula kepada kisah Master Hanum iaitu nannyku yang tercinta. Sekarang beliau merupakan seorang WAHM (Working At Home Mother) yang menjalankan bisnes Shaklee hanya di rumah saja sambil mengerjakan urusan rumahtangga setiap hari. Semasa mula-mula join Shaklee dulu beliau masih lagi bekerja tetap di salah sebuah syarikat yang agak besar juga di Malaysia. Walaupun mempunyai pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan namun beliau merasakan ada satu kekurangan di situ, iaitu masa yang dapat diluangkan bersama anak-anak sangatlah terhad, hanya dapat bersama beberapa jam saja pada waktu malam, esoknya pagi-pagi lagi dah kena hantar semula mereka ke nursery. Disebabkan itu beliau memasang impian untuk menjadi seorang WAHM dan menjadikan impian tersebut sebagai push factor untuk beliau menempuh segala susah payah dalam bisnes Shaklee sehinggalah beliau berjaya berada di tahap yang tertinggi seperti  sekarang, kerana bagi beliau anak-anak bukanlah satu pilihan buat kita tetapi anugerah Allah yang wajib dipelihara sebaik mungkin. Sebagai seorang WAHM sekarang, beliau dapat melihat anak-anak membesar depan mata sendiri kerana beliau sendiri yang menguruskan hal ehwal mereka dan rumahtangga tanpa bantuan pembantu rumah, serta dapat menyediakan sendiri makanan untuk suami dan anak-anak...oh alangkah indahnya pengalaman ini kan. Inilah juga impian saya satu hari nanti dan saya yakin ramai ibu-ibu bekerja di luar sana yang mempunyai impian yang sama kan.

Sekiranya ada di kalangan ibu-ibu bekerjaya yang mempunyai niat untuk menjadi WAHM seperti saya, jom kita bersama-sama menjalankan bisnes Shaklee ini. Daftarlah sebagai ahli sekarang dan menjadi SID (Shaklee Independent Distributor) yang mempunyai peluang cerah untuk mencapai impian murni tersebut. Buktinya sudah ada depan mata, iaitu Master Hanum sendiri yang sekarang telah berjaya menjadi seorangWAHM di samping membantu meringankan beban suami dalam perbelanjaan rumahtangga. Kalau nak tahu income untuk seorang Master Coordinators Shaklee adalah 5 angka sebulan...ya puluh-puluh ribu ringgit sebulan ok!! Tak nak ke?? Namun kemewahan yang diperolehi bukanlah untuk dihabiskan di dunia sahaja kerana ianya bersifat sementara, tetapi sebenarnya ia hendaklah digunakan sebagai saham di akhirat yang bersifat kekal selamanya dengan cara banyakkan sedekah dan melakukan amal jariah membantu mereka yang memerlukan. Konsep inilah yang ditekankan dalam group kami. Marilah mendaftar ahli bawah saya saya dan ibu-ibu akan dimasukkan di dalam support group yang diterajui oleh Master Hanum sendiri. Segala panduan memulakan bisnes dan tips-tips untuk berjaya telah dikongsikan oleh beliau dalam group ini. Kami juga ada kelas yang dijalankan secara online setiap hari di mana pelbagai ilmu yang diajarkan oleh Master Hanum di situ. Tak perlu risau semuanya dijalankan secara online tidak perlu hadir perjumpaan atau kelas, semuanya di hujung jari anda! Pendek kata semuanya dah disediakan depan mata cuma tunggu kita saja nak atau tak nak rebut peluang tersebut kan.

Contoh topic yang diajarkan dalam kelas secara online-boleh santai2 lepak ngan anak2 sambil dengar cikgu mengajar :)

 



********************************************************
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui:

PM ke http://www.facebook.com/messages/Fabulous-Mom-Nutristore
Sms/Whatsapp/Wechat: 013-3993960
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
*********************************************************

 

Sunday 13 April 2014

SET BERSALIN - KENAPA PILIH SHAKLEE

SET BERSALIN - KENAPA PILIH SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis di blog ini. Apa khabar ibu-ibu semua? Adakah ibu-ibu masih lagi dalam dilema untuk memilih set bersalin yang sesuai? Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membeli sesuatu set bersalin seperti yang dikongsikan oleh saya di entry sebelum ini.

Bagi diri saya sendiri, apa yang penting adalah set bersalin tersebut mestilah memberi manfaat bukan sahaja kepada ibu tetapi juga kepada bayi yang bakal dilahirkan. Misalnya, walaupun set bersalin tersebut memberi kesan baik kepada diri saya tetapi ianya menyebabkan bayi saya cirit-birit ataupun tidak boleh dimakan semasa bayi jaundice, memang automatic la saya reject! Mana boleh ibu sorang ja yang merasa kebaikannya sedangkan bayi yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa tu merasa sengsara, pasti tak sampai hati kita tengok kan. Disebabkan itulah saya telah membuat keputusan untuk memilih Set Bersalin Shaklee semasa melahirkan anak kedua. Set inilah juga yang menyebabkan saya jatuh cinta dengan produk Shaklee :).

Dari pengalaman saya sendiri, selepas mengambil set ini badan terasa sangat bertenaga, luka jahitan cepat sembuh, susu badan banyak, tiada lagi sembelit dan rambut gugur, jaundice baby pun cepat turun, dan yang paling best berat badan pun cepat turun :D.







Kenapa pilih Set Berpantang / Bersalin Shaklee?

  • Membantu mempercepat proses penyembuhan luka bersalin (secara normal atau pembedahan
  • Membantu dalam penyusuan susu ibu
  • Sangat sesuai diambil oleh ibu sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anak mengalami demam kuning / jaundice
  • Mengelakkan ibu dari sembelit semasa berpantang
  • Membantu ibu menurunkan berat badan dan sentiasa bertenaga
  • Selamat diambil tiada kesan sampingan / cirit-birit kepada bayi

Apakah pula khasiat dan kebaikan setiap vitamin dalam Set Bersalin Shaklee ni? Jom baca di bawah...

Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita-lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin, oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang dan berkhasiat bg menggantikan semula darah yg hilang.
* Mengandungi zat besi yg sgt penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sangat penting.
* Vita lea tidak boleh diambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complex blh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi/meroyan..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga
Zinc Complex
* Ibu2 yg tak lalu makan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
* Galian yg sangat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.
Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara 
konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
Ostematrix
Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang. 
Di bawah ini saya kongsikan testimonial dari seorang pengguna Set Bersalin Shaklee, moga bermanfaat..
Haaa....sekarang ibu-ibu dah tahu kan apa kelebihan dan khasiat Set Bersalin Shaklee ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan kepada ibu-ibu untuk membuat pilihan yang bijak...insyaAllah. Tahniah atas kedatangan orang baru yang akan jadi penyeri dalam family ibu-ibu  nanti :) Semoga semuanya berjalan lancar..Aminnn..
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Jom berpantang secara moden dengan Shaklee. 
Dapatkan sekarang juga!!! (✿◠‿◠)
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-3993960 atau email norlina_ab@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

Sunday 6 April 2014

SET BERSALIN


PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN

 
Assalamualaikum w.b.t.

Saya pasti ramai ibu-ibu hamil di luar sana tengah sibuk mencari-cari atau survey2 set bersalin sekarang ni kan. Tambah-tambah bila tengok kalendar nampaklah due date dah semakin hampir, apa lagi kelam-kabut la jadinya nak buat semua persiapan terutamanya bagi yang first time nak jadi ibu tu kan...huhuhu..
 
Pada pandangan saya ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih set bersalin yang memenuhi kehendak kita. Di sini saya kongsikan beberapa panduan untuk memilih set bersalin seperti yang telah saya praktikkan sendiri semasa hamil anak kedua. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Buatlah pilihan bijak!!
 

Panduan Memilih Set Bersalin:

  1. Survey yang menyeluruh - Pastikan ibu-ibu telah membuat survey yang menyeluruh terhadap semua set bersalin yang terdapat di pasaran. Antara perkara yang mesti disurvey termasuklah harganya, jenisnya (sama ada jamu, supplemen atau homopathy), fungsinya, cara makan dan juga kesannya atau feedback dari pengguna set bersalin itu sendiri...jika yang ada testimonial lagi bagus la kan.
  2. Bandingkan ikut bajet kita - Setelah membuat survey terhadap semua set bersalin tadi, bolehlah kita bandingkan harga bagi setiap satu set bersalin tadi dengan bajet atau kemampuan wang yang kita ada. Dengan demikian dapatlah kita pastikan supaya perbelanjaan kita nanti tak terover limit kan...hehe. Selain set bersalin kan banyak lagi persiapan yang perlu dibeli contohnya pakaian dan keperluan baby...jadi perancangan kewangan tu sangat penting ye ibu-ibu.. 
  3. Pastikan apakah keinginan dan matlamat kita - Perkara ini juga penting. Dengan memastikan apakah keinginan dan matlamat yang mahu kita capai dari set bersalin tersebut, barulah kita boleh membuat pilihan yang terbaik. Misalnya jika kita inginkan badan yang bertenaga semasa berpantang, carilah set bersalin yang boleh memberi tenaga pada ibu. Jika kita berhasrat menyusu badan, carilah set bersalin yang boleh membanyakkan susu badan. Pendek kata carilah set bersalin yang boleh memenuhi semua impian kita, terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai pengalaman perit semasa berpantang anak yang sebelum ini pasti tidak mahu melaluinya sekali lagi kan. Antara contoh pengalaman perit selepas bersalin adalah luka jahit lambat baik, sembelit, rambut gugur, badan lemah-lemah, susu badan tak keluar, emosi terganggu dsbgnya. Jadi buatlah pilihan yang bijak wahai ibu-ibu.  
  4. Pastikan kesan baik terhadap kedua-dua ibu dan anak - Perkara ini sangat penting kepada ibu-ibu yang berhasrat menyusukan bayi mereka kerana apa yang ibu makan itulah juga yang bayinya makan. Oleh itu, sebelum memilih set bersalin kita mesti memastikan ianya memberi kesan baik terhadap ibu dan anak, bukan hanya kepada salah seorang saja. Misalnya ubat bersalin tersebut mungkin memberi kesan baik kepada ibu tetapi ianya memberi kesan buruk pula kepada baby seperti cirit-birit, muntah dsbgnya, maka kejadian seperti inilah yang  mahu dielakkan. 
 
Rasanya itulah saja panduan yang dapat saya kongsikan di sini. Kalau masih ada saya akan masukkan kemudian ya. Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali bakal menempuhi saat kelahiran bolehlah bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman dah lebih arif seperti ibu kita sendiri, kakak, kakak ipar, ibu saudara dan kawan-kawan. Semua panduan di atas telah saya praktikkan sendiri dan Alhamdulillah saya telah berjaya menemui Set Bersalin yang memenuhi semua impian saya :) Apakah ia?? Tunggu...akan saya kongsikan di entry yang seterusnya ya.
 
Wassalam...
 
========================================================================
Hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013 3993960 atau email ke norlina_ab@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.