Wednesday 6 August 2014

Set Kesuburan Shaklee - Sepupuku Berjaya Hamil

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran, hari ni baru berkesempatan menjenguk blog selepas seminggu beraya sakan...hehe.. Sebenarnya bulan ni saya berasa sungguh teruja sebab promo produk shaklee bulan ni adalah GLA Complex.




Nak tahu sebab apa saya teruja sangat?? Sebabnya GLA Complex ni telah merubah kehidupan salah sorang sepupu saya ni. Ianya bermula pada saat beliau mendapat tahu bahawa beliau sudah berjaya hamil setelah beberapa bulan mengambil Set Kesuburan Shaklee dari saya. Beliau yang dulunya hidup diselubungi kesedihan dan kekecewaan kini telah bertukar kepada kegembiraan dan keceriaan. Siapa yang tidak gembira setelah mendapat tahu dia berjaya hamil sedangkan sebelum ini sudah bertahun-tahun mencuba pelbagai cara tetapi masih gagal sehingga menyebabkan dia hampir-hampir berputus asa.


Syukur Alhamdulillah, akhirnya sepupuku berjaya hamil!

Tatkala menerima berita gembira ini dari beliau, saya berasa sangat-sangat gembira dan teruja (excited lebih tau..hehe..) kerana akhirnya saya dapat membantu beliau untuk hamil, dengan izin Allah swt juga, selepas beliau dan suami menanti lebih dari 6 tahun untuk menimang cahayamata. Sekarang ini beliau sedang sarat mengandung dan dijangka menerima kehadiran orang baru pada awal bulan September nanti. Alhamdulillah keadaan baby dalam kandungan juga sihat kata beliau semasa kami berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas kerana beliau juga mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil. Sekarang saya dapat melihat keceriaan pada wajah beliau berbanding sebelum ini yang sentiasa muram dan tidak gembira.

Bagi diri saya pula timbul satu perasaan yang luarbiasa gembiranya apabila sudah berjaya membantu sepupu sendiri...tiada ungkapan yang dapat menggambarkannya. Saya berharap dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang menghadapi masalah yang sama di luar sana, insyaAllah dengan keizinan-Nya Yang Maha Esa. Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, bagi mereka yang sedang berusaha mendapat zuriat, tidak seharusnya cepat mengalah dan berputus asa (mesti bersemangat tinggi seperti sepupu saya) serta tidak bersangka buruk kepada ketentuan Yang Maha Pencipta kerana kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah dan sebab-musababnya. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, Dia yang menentukan bila kita patut mendapat anak, begitulah juga dengan soal jodoh dan kematian. Ini semua adalah ujian dari Allah swt untuk melihat tahap kesabaran hambanya. Oleh itu kita tidak sepatutnya cepat mengalah tanpa berusaha bersungguh-sungguh diiringi dengan doa tanpa henti pada-Nya dan akhirnya tawakal dan berserah.

Baiklah, sekarang mari kita lihat apakah vitamin dalam Set Kesuburan Shaklee yang diamalkan oleh sepupu saya dan suami beliau sehingga berjaya hamil akhirnya.




Yang pertama mestilah GLA Complex kan. GLA Complex ni dapat membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan cecair servik yang berkualiti bagi meningkatkan kesuburan wanita. Selain GLA Complex beliau juga mengambil Alfalfa Complex untuk mengurangkan masalah keputihan dan Vitamin B-Complex yang mengandungi asid folik yang berfungsi menguatkan rahim di samping mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Manakala suami beliau pula mengambil Zinc Complex yang berfungsi meningkatkan kuanti dan kualiti sperma dan membantu sperma bergerak lebih pantas ke ovum dengan menjadikannya lebih sihat. Zinc Complex ni juga dapat meningkatkan tenaga dan nafsu lelaki (seperti yang dikongsikan oleh sepupu saya sendiri).




Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini, boleh terus hubungi saya melalui talian seperti di bawah. Saya akan berikan konsultasi percuma dengan setiap pembelian set ini hanya dari sini.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore
COD area Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bandar Perda (Penang) dan Padang Serai (Kedah).