Saturday 31 May 2014

PENDARAHAN SEBELUM BERSALIN

Pendarahan Sebelum Bersalin

Oleh: HASNITA PAMA
Tarikh: 30 Mei 2014
 
 
 
Soalan:
Pada kedua-dua kehamilan, saya mengalami keluar tanda iaitu keluar darah bercampur lendir. Untuk anak pertama, saya bersalin dua hari selepas keluar tanda dan anak kedua, sehari selepas keluar tanda. Soalan saya, apakah hukum darah yang keluar dan adakah saya perlu solat seperti biasa kerana saya masih mampu menunaikan solat ketika kontraksi tidak terlalu kerap.
Jawapan:
Para ilmuan Islam sejak awal berbeza pendapat tentang pendarahan yang berlaku beberapa hari sebelum bersalin. Ini berlaku kerana tidak ada dalil yang jelas dari al-Qur'an mahupun al-Sunnah berkenaan persoalan ini. Pendapat-pendapat mereka dapat diringkaskan sebagai berikut:
*             Ia adalah darah haid. Lazimnya wanita yang hamil tidak mengalami haid. Namun dalam kes-kes terpencil, haid boleh berlaku dan ia dikenali melalui warna, kelikatan dan bau darah yang keluar.
*             Ia adalah darah penyakit (istihadhah). Darah wanita hanya tiga, iaitu haid, nifas dan istihadhah. Memandangkan darah haid tidak keluar semasa hamil dan darah nifas hanya keluar selepas bersalin, maka pendarahan yang berlaku ketika hamil hanya darah istihadhah.
*             Ia adalah darah nifas. Darah nifas dikaitkan dengan proses bersalin dan ia boleh bermula beberapa hari sebelum bersalin, khasnya apabila sudah dirasakan tolakan dan kontraksi.
Agak sukar untuk dikatakan di antara tiga pendapat di atas, manakah yang paling tepat. Boleh diambil jalan pertengahan dengan menghimpun kesemua pendapat di atas sebagai berikut:
*             Jika pendarahan memiliki ciri-ciri haid yang pasti, maka ia adalah darah haid. Jika tiada ciri-ciri yang pasti, maka ia salah satu dari dua kemungkinan di bawah.
*             Jika pendarahan berlaku jauh sebelum tarikh jangkaan bersalin dan tidak diikuti dengan tolakan atau kontraksi, maka ia adalah darah istihadhah.
*             Jika pendarahan berlaku pada hari-hari terakhir sebelum bersalin dan diikuti dengan tolakan atau kontraksi, maka ia adalah darah nifas.
Merujuk kepada kes di atas, pendarahan berlaku ketika kontraksi sudah dirasai sekalipun tidak kerap. Maka ia adalah darah nifas, justeru tidak perlu melaksanakan solat.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore