Friday 9 May 2014

PETUA PENAMBAH SUSU

Risau sebab susu makin merudum...stok susu pun makin berkurang?? Boleh cuba beberapa amalan di bawah yang dipercayai dapat menambah susu.

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

 

Kacang soya

Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

 

Barli

Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

 

Oat

Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

 

Lobak

Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

 

Betik muda

Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

 

Halba

Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

 

Buah kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

 

Jantung pisang

Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

 

Jintan

Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Sumber: Imah Mingguan Wanita

Selamat mencuba!

Pengambilan supplement juga didapati boleh menambah penghasilan susu. Produk Shaklee yang paling hot digunakan sebagai milkbooster sekarang adalah ESP dan Alfalfa. ESP berupaya memekatkan susu dan memberi kekenyangan yang lama kepada bayi di samping membekalkan protein yg sangat diperlukan dalam tumbesaran si comel anda. Manakala Alfalfa merupakan herba yg mampu menggalakkan penghasilan susu.

Pengambilan ESP dan Alfalfa secara berterusan juga dapat memberi banyak manfaat kepada ibu, kulit makin cantik dan gebu, hubungan dengan suami pun makin intim.. :-) Belum cuba belum tahu, sekali dah cuba terus jatuh cinta.. <3 <3 :-)

Jika berminat, boleh hubungi saya melalui:
H/P: Lina 013-3993960 (sms/whatsapp)
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
fb: lina darwisy
Page: Fabulous Mom Nutristore
Blog: mamairfanauni.blogspot.com