Friday 27 June 2014

TIPS SUSU IBU POWER - RAMADHAN DATANG LAGI


[TIPS SUSU IBU POWER - RAMADHAN TIBA LAGI]

KUASA KURMA



Kurma sangat berkhasiat.


Kurma adalah antara buahan syurga. Kandungannya yang penuh khasiat dan nutrisi sangat disarankan untuk ibu yang mengandung dan menyusu. Kurma telah disebut di dalam Al-Quran dan ianya makanan yang paling baik untuk ibu mengandung dan menyusu. ...

✔ Mulakan berbuka puasa dengan beberapa biji kurma diikuti dengan air suam.

✔ Jadikan sebekas kurma dan sebotol air sebagai peneman tidur ibu, letakkan di sebelah katil ibu sepanjang bulan puasa. Makan kurma setiap kali sesi menyusu waktu malam untuk menjana tenaga segera buat ibu.

✔ Kurma yang mengandungi zat besi (IRON) dan tinggi kalsium membantu menambahkan susu ibu dan meningkatkan kesihatan ibu.

✔ Kurma enak dimakan begitu sahaja, juga boleh dibuat jus atau shake! Best!

✔ Sangat sesuai diamalkan oleh ibu menyusu walau bukan di bulan puasa.

(Kredit to PumpOnTheGo)

Nota Tambahan:


Dari pengalaman saya sendiri sebagai seorang ibu yang fully breasfeeding, pengambilan buah kurma ini sangat-sangat membantu dalam penghasilan susu yang banyak. Oleh itu kita jangan ragu-ragu dan pandang rendah dengan kuasa buah kurma ini yang juga merupakan makanan sunnah Rasulullah s.a.w.
Buah kurma ini memang sedap walaupun dimakan begitu sahaja, tetapi ia juga boleh dicampurkan bersama susu panas atau sejuk. Bukan saja boleh dicampur dalam minuman malah ada juga dicampur dalam adunan puding, kek dan sebagainya. 

Bagi diri saya, setiap kali berpuasa, saya akan bersahur dengan campuran kurma bersama susu dan ESP (Isolate Soy Protein) yang dikisar menjadi smoothie (bak kata orang putih :)). Lepas minum smoothie kurma ni memang tak rasa nak makan nasi atau makanan lain lagi sebab dah rasa kenyang. Walaupun tak mengambil makanan lain semasa sahur, saya langsung tidak rasa lapar semasa berpuasa di siang harinya, malah lebih bertenaga dari biasa. Ini kerana ESP sudah membekalkan protein yang dapat mengenyangkan kita dan juga menambah tenaga di sepanjang hari. Untuk info lanjut mengenai kebaikan dan manfaat ESP ni boleh klik SINI

Nak tengok macam mana rupa smoothie kurma saya, sila lah lihat gambar di bawah. Resepi penuhnya akan dikongsi di entry yang akan datang ye...harap bersabar. Akan ada lagi resepi-resepi bersahur dan berbuka yang akan saya kongsikan nanti...TUNGGUUU.. ;)


Persediaan sahur yang mudah, pantas, berkhasiat dan mengenyangkan.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

 Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
 Email: norlina_ab@yahoo.com.my
 H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
 Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
 Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore