Sunday 29 June 2014

RESEPI SAHUR - SMOOTHIE KURMA


Salam 1 Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita dalam Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya, aminn...

Bagi diri saya, kali ini adalah kali pertama saya berpuasa dengan mengambil produk Shaklee. Saya berkenalan dengan Shaklee melalui set berpantang/bersalin Shaklee dan semenjak itu terus jatuh cinta dengan Shaklee ni...hehe :).

Ok seperti yang dijanjikan, sekarang saya mahu kongsikan satu resepi sahur yang paling saya suka iaitu smoothie kurma hasil campuran susu segar, ESP, Mealshakes dan sudah semestinya kurma. Resepi ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang masih menyusu badan seperti saya juga, kerana ia dapat menambah penghasilan susu ibu (saya dah cuba, memang betul hasilnya amat memberangsangkan). Macam saya memang dah tak makan nasi semasa sahur selepas ambik minuman ni. Sebabnya dah kenyang sangat memang tak boleh masuk makanan lain, kalau tak percaya cubalah sendiri.

Jom kita tengok secara terperinci bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan:
200ml susu segar (apa saja jenama ikut suka anda)
2 sudu besar ESP
1 sudu besar Meal Shakes
3 biji kurma
(Boleh tambah sedikit badam jika suka)

Cara membuatnya:
Mudah sekali. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Kalau tambahkan badam, pastikan ia betul-betul hancur ye. Selepas itu..tadaaa...dah siap! Boleh masukkan dalam gelas dan terus minum. Kalau mahu sejuk, boleh masukkan beberapa ketul ais batu. Senangnya...kacang je kan..hehe..

Untuk lebih jelas, jom kita tengok gambar di bawah:




Resepi ini saya buat hanya untuk seorang ye. Kalau ibu-ibu nak buatkan untuk suami sekali bolehlah tambahkan kuantiti untuk semua bahan tadi. Macam saya memang bersahur sorang-sorang saja sebab suami sedang beroperasi, memang macam ni lah nasib kalau jadi bini askar kan..huhu :(

Haa, sekarang boleh la cuba buat resepi smoothie kurma yang lazat ni ye. Terus buat untuk sahur malam ni. Jangan salin je resepi lepas tu peram...hehehe.. Rugi tau kalau tak cuba...banyak khasiatnya ni. Kalau nak turunkan berat badan sebelum raya, memang elok sangatlah amalkan resepi ni semasa sahur sepanjang Ramadhan ni.. ;)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore