Thursday 19 June 2014

WORLD CUP 2014 - TIPS BERJAGA MALAM

"Ooleey..ole..ole..oleey...!!!"



Wahhh...musim bola Piala Dunia sudah kembali. Saya dulu time study layan gak World Cup ni...tengok ramai2 masa tu dekat asrama, siap lantik sorang tukang gerak untuk ketuk pintu bilik masing2 time 3-4 pagi tu sebab nak tengok bola punya pasal...alahai terkenang kembali nostalgia lama..cewaah..hahaha.. Sekarang ni memang takde maknenya lagi nak berjaga malam semata-mata nak tengok bola. Masa baru kawen dulu ada gak teman suami tengok bola tengah2 malam, tapi bila dah anak dua ni...sorrylah ye..bye..bye..bye...huahuahua..

Itu kisah saya yang bukan peminat bola anymore...ehh sebenarnya nak story pasal kaki2 bola ni semua. Selalunya time musim bola ni memang ramai lah kaki2 bola yang akan mengambil MC tipu..betul tak? Semua ni gara2 tak cukup tidur nak bangun pegi keja sebab dah berjaga malam tengok perlawanan bola...maklumlah Piala Dunia ni 4 tahun sekali..mana boleh terlepas menontonnya kan.. Disebabkan semakin meningkatnya jumlah MC di kalangan pekerja awam dan swasta pada musim bola ni, maka baru2 ini pak Menteri Kesihatan kita telah mengeluarkan kenyataan berupa amaran keras kepada semua pengamal perubatan supaya MC hanya dikeluarkan kepada mereka yang benar2 layak SAHAJA..maksudnya yang betul2 sakit bukan sakit disebabkan demam bola! Hahaha nak tergelak pun ada gak masa dengar kenyataan beliau di radio tempoh hari...

Nampak gayanya makin susah la para kaki2 bola ni nak mohon MC sekarang..terutamanya kalau pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan...memang kompom direject awal2..hahaha... Mesti pening nak reka alasan untuk MC...sakit perut, cirit-birit, sakit kepala, sakit gigi dan macam2 lagi sakitnya..aduhh..dah tak relevan semuanya...doktor dah boleh agak kita kelentong kan..hehehe..

Itu bab MC. Ok sekarang kita cerita bab berjaga malam pulak ye. Untuk berjaga malam ni, banyaklah kaedah2 yang diamalkan oleh kaki2 bola supaya mereka betul2 boleh STAY UP dan tak terlepas menonton semua perlawanan bola nanti. Antara yang popular adalah:


  1. Masuk tidur awal beberapa jam sebelum perlawanan. Contohnya lepas isyak terus masuk tidur, lepas tu jam 3 pagi bangun balik.
  2. Pasang semua lampu dalam rumah supaya rasa macam malam masih muda...poyoo je..hahaha..
  3. Masak makanan ringan. Contohnya masak mi segera, goreng kentang atau nugget sebagai pengubat mengantuk.
  4. Pergi kedai mamak, minum teh tarik bergelas-gelas..kadang2 order lagi mee goreng..ish3x..
  5. Kalau kat rumah, minum nescafe (betul2 kawww punya) segelas supaya dapat beri kesegaran hingga 5-6 jam.
Semua kaedah ni memang sangat2 membantu, TETAPI banyak sangat mudaratnya tu. Jom kita tengok satu2..

Kaedah no 1 tu adalah berkaitan dengan perubahan rutin harian yang sangat memenatkan dan kadang-kadang akan berlaku terlajak tidur hingga ‘sedar-sedar dah subuh’…haaa kan dah melepas satu perlawanan..siapa yang rugi..huhuhu..
Kaedah no 2 pulak tidak berapa digalakkan kerana akan berlaku pembaziran elektrik...bila cukup bulan saja terima bil letrik boleh terbeliak biji mata tengok bil melonjak naik kan.. 
Kaedah no 3 pula boleh meningkatkan kadar lemak dalam badan. Takut habis Piala Dunia, dapat hadiah extra 5kg berat badan...yeehuuu.. 
Kaedah no 4 juga tak digalakkan kerana kandungan gula yang tinggi. Tahukah anda kandungan kalori dan gula dalam secawan teh tarik sangat tinggi...bila ditambah pula dengan mee goreng..cuba kira sendiri lah kadar kalori dan gulanya kan. Apatah lagi anda akan tidur selepas itu, memang sangat tidak menyihatkan..macam2 la penyakit merbahaya akan datang..
Kaedah no 5 juga tidak disarankan kerana kandungan kafein dan kalori yang tinggi. Kafein di dalam segelas kopi/nescafe boleh mencecah hingga 150mg segelas!! Pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100mg kafein sahaja sehari.

Nak tahu apa keburukan pengambilan kafein secara berlebihan?? 

1. Menyebabkan peminum yang memang menghadapi masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk dan kebanyakan mereka tidak sedar ini boleh berlaku kepada mereka 
2. Memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain 
3. Menyebabkan dehidrasi kerana ia mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak 
4. Menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium yang mempercepatkan osteoporosis 
5. Menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala, lekas marah, insomnia 

Kesan jangka panjang kafein pula adalah menyebabkan ulser, masalah jantung dan ketagihan.

Jadi macam mana nak berjaga malam/stay up untuk tonton Piala Dunia kalau semua kopi takleh minum? Nak tahu apa TIPSnya?! Haaa jeng3x..memperkenalkan satu produk teh yang sangat istimewa yang dicipta khas oleh Shaklee yang dinamakan Cinch Tea Energy Tea Mix! Teh ni lah rahsianya untuk kekal BERJAGA sepanjang malam! Ni rupa kotak dia..



Sebab apa ia istimewa?

  • Hanya 5 kalori satu hidangan! Sesuai untuk mereka yang sangat menitikberatkan pengambilan kalori seharian. Berbanding 100 kalori dalam teh tarik semestinya anda akan pilih Cinch Tea kan? 
  • Terdiri dari gabungan teh hijau Matcha, teh merah Rooibos dan ekstrak teh putih yang kaya dengan khasiat dan antioksidan 
  • Ia terbukti selamat, rangsangan tenaga secara semulajadi 
  • Meningkatkan metabolisma dan tenaga. Bukan setakat tahan mengantuk jer 
  • Tak perlu tambah gula. Boleh mix dengan air panas atau sejuk dan terus diminum 
  • Dalam bentuk stick (sachet kecil) yang boleh dibawa ke mana sahaja 
  • Sesuai untuk berjaga malam, memandu jauh ataupun time bekerja (di ofis atau kilang)



Jadi kesimpulannya, sudah semestinya Cinch Tea Energy Tea Mix ni adalah alternative terbaik bagi kaki2 bola yang gemarkan minuman kopi/nescafe untuk stay up.  Teh ini bukan saja minuman yang sedap tetapi juga rendah kalori! Malah boleh memberikan tenaga segera! Juga untuk inch-loss (dalam tak sedar tiba2 seluar jadi longgar..yahuuu). Namun harus diingat yang Cinch Tea ini masih mempunyai kafein tetapi pada kandungan yang sedikit (70mg/stick). Maka wanita hamil dan menyusu harus kawal pengambilan produk ini. Ia juga tidak digalakkan untuk bayi dan kanak-kanak. Cara minum? Mudah sekali..hanya bancuhkan 1 sachet dengan 1L air (air sejuk lagi sedap) dan diminum sepanjang aktiviti yang dinyatakan. Kalau nak tengok bola, haa minumlah sepanjang perlawanan. Sekotak mengandungi 28 sachet, jadi memang cukup2 la untuk musim World Cup ni. Ambik 1 sachet je sehari ya…

Boleh campur ngan madu..lagi sedaapp..


Ayuh sama-sama kita kurangkan gula, kalori dan kafein terutama di MUSIM BOLA ini ye...Jommms kaki2 bola semua...tak perlu susah2 ambik MC dah lepas ni. Walaupun berjaga malam tapi still boleh cergas bertenaga untuk bertugas di tempat kerja pada siang hari. Hidup pun lebih berkat kan...hehehe..

" MAKAN BOLA, TIDO BOLA, SEMUA BOLA, INGAT CINCH TEA TANPA GULA.." ;)


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi saya Norlina melalui:
Email: norlina_ab@yahoo.com.my
H/P no: 013-3993960 (sms/whatsapp/wechat)
Blog: http://mamairfanauni.blogspot.com
Page: https://www.facebook.com/Fabulous-Mom-Nutristore